Images
  • sg manufacturing factory
    (Gambar: AFP)

Hasil perkilangan S'pura merosot 0.9% pada Oktober

SINGAPURA: Hasil pengilangan di negara ini pada bulan lalu merosot 0.9 peratus berbanding setahun lalu. Kemerosotan itu adalah yang pertama dalam tempoh tiga bulan.

Kejuruteraan pengangkutan pula mencatat kejatuhan terbesar iaitu sebanyak 31.8 peratus. Kelompok itu terjejas oleh prestasi buruk segmen kejuruteraan marin dan lepas pantai.

Kelompok-kelompok lain pula mencatatkan peningkatan.

Kejuruteraan jitu dan bioperubatan mencatat kenaikan lebih 10 peratus.

Meskipun hasil pengilangan merosot bulan lalu, beberapa penganalisis percaya ekonomi Singapura masih berada di landasan menuju kepada pemulihannya.

- CNA/NZ/ha

Top