Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hasil perindustrian M'sia pada April menjunam pada kadar rekod 32%

Indeks hasil perindustrian Malaysia menjunam 32 peratus pada April berbanding setahun sebelumnya, iaitu kemerosotan paling besar pernah dicatat, menurut data kerajaan pada Khamis (11 Jun). Kemerosotan itu didorong kejatuhan besar kegiatan perusahaan akibat sekatan virus korona.

Anggaran Waktu Membaca:
Hasil perindustrian M'sia pada April menjunam pada kadar rekod 32%

(Gambar: Lim Huey Teng)

Diterbitkan : 11 Jun 2020 03:17PM Dikemas Kini : 11 Jun 2020 06:20PM

KUALA LUMPUR: Indeks hasil perindustrian Malaysia menjunam 32 peratus pada April berbanding setahun sebelumnya, iaitu kemerosotan paling besar pernah dicatat, menurut data kerajaan pada Khamis (11 Jun). Kemerosotan itu didorong kejatuhan besar kegiatan perusahaan akibat sekatan virus korona.

Perangkaan tersebut hampir dua kali ganda ramalan kemerosotan 18 peratus oleh para penganalisis yang ditinjau Reuters dan dicatatkan pada kadar lebih pantas berbanding kejatuhan 17.6 peratus pada Januari 2009, iaitu kemerosotan paling teruk dicatatkan, menurut data Refinitiv Eikon. Pada Mac, indeks tersebut susut 4.9 peratus.

Indeks tersebut mengukur hasil sektor pengilangan, perlombongan dan penjanaan tenaga elektrik.

Ketiga-tiga sektor utama yang dinilai oleh indeks itu mencatat kemerosotan pada April, dengan hasil pengilangan mencatat kejatuhan 37.2 peratus berbanding setahun sebelumnya, menurut Jabatan Statistik dalam satu kenyataan.

Sektor penjanaan elektrik pula merosot 19.2 peratus berbanding tempoh sama setahun sebelumnya, manakala sektor perlombongan menjunam 19.6 peratus menurut perangkaan jabatan tersebut.

Eksport Malaysia pula menjunam 23.8 peratus pada April berbanding tempoh sama tahun lalu, mencatat kemerosotan paling mendadak dalam tempoh sedekad. Ini sedang pandemik COVID-18 mengganggu rangkaian bekalan global, menurut data kerajaan minggu lalu.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan