Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Hasil pengilangan S'pura tumbuh 16.3% pada Julai

Hasil pengilangan Singapura tumbuh 16.3 peratus pada Julai berbanding tempoh yang sama setahun lalu, dipacu oleh kelompok bioperubatan, pengangkutan dan kejuruteraan jitu, menurut data rasmi pada Khamis (26 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Hasil pengilangan S'pura tumbuh 16.3% pada Julai

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 26 Aug 2021 02:20PM Dikemas Kini : 26 Aug 2021 02:22PM

SINGAPURA: Hasil pengilangan Singapura tumbuh 16.3 peratus pada Julai berbanding tempoh yang sama setahun lalu, dipacu oleh kelompok bioperubatan, pengangkutan dan kejuruteraan jitu, menurut data rasmi pada Khamis (26 Ogos).

Pertumbuhan itu bagaimanapun lebih perlahan berbanding peningkatan 27.5 peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Tidak termasuk pengilangan bioperubatan, hasil pengeluaran tumbuh 5.8 peratus pada Julai, menurut Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, hasil pengilangan merosot 2.6 peratus pada Julai, menurut data tersebut.

BIOPERUBATAN, PENGANGKUTAN, KEJURUTERAAN JITU

Pertumbuhan pada Julai didorong oleh rentak perkembangan yang lebih pantas dalam ketiga-tiga kelompok utama iaitu bioperubatan, kejuruteraan pengangkutan dan kejuruteraan jitu.

Kelompok bioperubatan menjulang 86.6 peratus pada Julai, dengan pertumbuhan pada hasil pengeluaran turut dilihat pada segmen farmaseutikal dan teknologi perubatan.

Hasil pengeluaran bagi kelompok kejuruteraan pengangkutan melonjak 33.1 peratus pada Julai berbanding dengan kenaikan sebanyak 28.3 peratus yang dicatatkan pada Jun.

RENTAK PERTUMBUHAN LEBIH PERLAHAN BAGI SESETENGAH SEKTOR

Rentak pertumbuhan dalam kelompok industri pengilangan am, elektronik dan kimia juga perlahan.

Hasil pengilangan am meningkat 11 peratus pada Julai berbanding setahun lalu dan 17.4 peratus jika dibandingkan dengan bulan Jun.

Kelompok elektronik tumbuh 1.5 peratus, lebih perlahan berbanding peningkatan 26.2 peratus yang dicatatkan pada Jun.

Kelompok industri kimia menguncup 5.6 peratus berbanding 30.6 peratus yang diraih pada bulan sebelumnya.

Kenyataan media seterusnya berkenaan prestasi hasil pengilangan bulanan akan diterbitkan pada 24 September.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan