Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Hasil pengilangan S'pura naik 0.1% pada April

Hasil pengilangan Singapura naik 0.1 peratus pada April menyusuli kemerosotan yang dialami pada bulan sebelumnya, menurut data yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) pada Jumaat (24 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Hasil pengilangan S'pura naik 0.1% pada April

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 24 May 2019 04:59PM Dikemas Kini : 24 May 2019 05:05PM

SINGAPURA: Hasil pengilangan Singapura naik 0.1 peratus pada April menyusuli kemerosotan yang dialami pada bulan sebelumnya, menurut data yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) pada Jumaat (24 Mei).

Hasil pengilangan menokok 0.1 peratus pada April berbanding setahun lalu. Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, hasil pengeluaran meningkat 2.4 peratus.

Tidak termasuk bioperubatan, hasil pengilangan jatuh 2.1 peratus. Kelompok tersebut mencatat peningkatan tertinggi sebanyak 11.2 peratus berbanding setahun lalu. Di bawah kelompok ini, teknologi perubatan meningkat paling ketara iaitu 12 peratus.

Kejuruteraan jitu mengalami kejatuhan paling mendadak, merosot 10.4 peratus berbanding setahun lalu. Di bawah kelompok ini, pengeluaran pemesinan dan sistem-sistem jatuh 20.6 peratus berbanding setahun lalu, manakala modul jitu dan komponen-komponen meningkat 11.6 peratus dipacu pengeluaran produk optikal yang semakin meningkat.

Tiga kelompok lain turut mengalami kemerosotan berbanding setahun lalu. Pengeluaran elektronik susut 0.6 peratus manakala kejuruteraan pengangkutan dan pengilangan am kedua-duanya merosot 1.1 peratus.

Di bawah kelompok elektronik, modul -modul elektronik lain dan komponen tumbuh 12.5 peratus, infokom dan elektronik pengguna berkembang 1.3 peratus manakala segmen semikonduktor tumbuh 0.3 peratus. Segmen penyimpanan data dan peralatan komputer pula mengalami penguncupan.

Di bawah kejuruteraan pengangkutan, segmen aeroangkasa tumbuh 16.3 peratus dipacu oleh lebih banyak kerja pembaikan dan penyenggaraan pesawat komersil, menurut EDB.

Bagaimanapun, segmen kejuruteraan pengangkutan darat serta marin dan luar pesisir masing-masing merosot 12.8 dan 18.7 peratus.

PENGHASILAN KIMIA MENINGKAT

Sebaliknya, pengeluaran kimia menokok 1.9 peratus berbanding tempoh yang sama setahun lalu.

Di bawah kelompok ini, segmen kimia lain dan segmen khusus masing-masing tumbuh 9.3 peratus dan 0.9 peratus. Pertumbuhan kimia dipacu oleh penghasilan wangi-wangian yang meningkat.

Dalam pada itu, segmen petrokimia menguncup 2.8 peratus manakala hasil penapisan bahan petroleum merosot 4.3 peratus ekoran penutupan beberapa loji bagi kerja-kerja penyenggaraan. 

Sumber : CNA/TQ/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan