Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Hasil pengilangan S'pura lonjak 24.2% pada Sep

Hasil pengilangan industri Singapura meningkat buat dua bulan berturut-turut pada September, dipacu oleh peningkatan yang ketara pada pengeluaran bioperubatan dan permintaan bagi barangan farmaseutikal di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Oct 2020 03:14PM Dikemas Kini : 26 Oct 2020 10:05PM

SINGAPURA: Hasil pengilangan industri Singapura meningkat buat dua bulan berturut-turut pada September, dipacu oleh peningkatan yang ketara pada pengeluaran bioperubatan dan permintaan bagi barangan farmaseutikal di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Hasil pengilangan Singapura melonjak 24.2 peratus pada bulan September berbanding tempoh yang sama setahun lalu. Prestasi baik itu mengukuhkan lagi kebangkitan 15.4 peratus yang disemak semula pada bulan Ogos, menurut Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) pada Isnin (26 Okt). Tidak termasuk pengeluaran bioperubatan, hasil pengilangan negara tumbuh 8.5 peratus.

September juga merupakan bulan kedua berturut-turut di mana pengeluaran kilang Singapura berkembang selepas tiga bulan mengalami penguncupan.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, hasil pengilangan negara naik 10.1 peratus pada bulan lalu. Tidak termasuk pengeluaran bioperubatan, pengilangan negara susut 1.6 peratus, menurut EDB dalam kenyataan media tersebut.

Hasil pengilangan berkembang dalam kelompok bioperubatan, elektronik dan kimia, tetapi menguncup dalam kejuruteraan jitu, pengilangan am dan kejuruteraan pengangkutan, menurut EDB.

Dalam kelompok pengeluaran bioperubatan, hasil pengilangannya melonjak 89.8 peratus pada September berbanding tempoh yang sama setahun lalu dan 12.2 peratus jika dibandingkan dengan bulan Ogos.

Ia dirangsang oleh pengeluaran farmaseutikal, yang mencatatkan peningkatan sebanyak 113.6 peratus menyusuli pengeluaran yang lebih tinggi bagi bahan-bahan aktif farmaseutikal dan produk biologi.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan