Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Hasil pengilangan S'pura jatuh 6.9% pada Jun

Hasil pengilangan Singapura merosot pada bulan lalu buat empat bulan berturut-turut.

Anggaran Waktu Membaca:
Hasil pengilangan S'pura jatuh 6.9% pada Jun

Para pekerja pengilangan di Singapura. (AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 26 Jul 2019 08:38PM Dikemas Kini : 26 Jul 2019 08:40PM

SINGAPURA: Hasil pengilangan Singapura merosot pada bulan lalu buat empat bulan berturut-turut.

Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) menyatakan kemerosotan sebanyak 6.9 peratus itu sebahagian besarnya akibat kejatuhan 18.8 peratus dalam pengeluaran sektor elektronik.

Pengeluaran kelompok kejuruteraan pengangkutan pula merosot 14.2 peratus. Ia disebabkan oleh penurunan dalam kegiatan lepas pantai serta membina dan memperbaiki kapal.

Penutupan beberapa loji petrokimia kerana kerja penyenggaraan pula menyebabkan pengeluaran yang berkurangan bagi kelompok kimia.

Sebaliknya, pengeluaran bagi pengilangan umum serta kejuruteraan jitu meningkat.

Pengeluaran kelompok bioperubatan turut meningkat, dipacu penghasilan farmaseutikal yang lebih kukuh. 

Sumber : CNA/NF/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan