Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Hasil pengilangan Asia bercampur-campur sedang kesan pandemik COVID-19 berpanjangan

Pengilangan di China dan Jepun mengalami kemerosotan pada Januari, sementara Korea Selatan dan Taiwan mengalami peningkatan di tengah-tengah kebangkitan penularan koronavirus, menggariskan pemulihan ekonomi yang rapuh di rantau ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Hasil pengilangan Asia bercampur-campur sedang kesan pandemik COVID-19 berpanjangan

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 01 Feb 2021 03:21PM Dikemas Kini : 01 Feb 2021 03:23PM

TOKYO: Pengilangan di China dan Jepun mengalami kemerosotan pada Januari, sementara Korea Selatan dan Taiwan mengalami peningkatan di tengah-tengah kebangkitan penularan koronavirus, menggariskan pemulihan ekonomi yang rapuh di rantau ini.

Kegiatan perkilangan meningkat di negara-negara pengeksport cip utama Korea Selatan dan Taiwan, sedang kedua-duanya meraih manfaat daripada permintaan tingggi berterusan untuk semikonduktor yang penting untuk barangan IT bagi kegunaan kerja dari rumah.

Kegiatan pengilangan China pula berkembang pada kadar paling perlahan dalam tujuh bulan pada Januari, dihambat kemerosotan tempahan eksport.

Jepun juga menyaksikan kegiatan pengilangan yang kembali menguncup sedang keadaan darurat kedua diisytiharkan pada Januari menjejas keadaan operasi, menurut data PMI pada Isnin (1 Jan).

Indeks Pengurusan Pembelian (PMI) Pengilangan Caixin/Markit China merosot ke 51.5 bulan lalu, yang terendah sejak Jun tahun lalu dan susut sedikit berbanding bacaan Disember sebanyak 53.0.

Walaupun ia kekal di atas tanda aras 50 yang memisahkan pertumbuhan daripada penguncupan, indeks tersebut berada di bawah ramalan pasaran median dengan bacaan 52.7.

Tinjauan itu selaras dengan PMI rasmi Beijing pada Ahad, yang menunjukkan pemulihan kegiatan pengilangan semakin perlahan sedang kes COVID-19 tempatan meningkat.

Bank Jibun Jepun jatuh ke 49.8 pada Januari daripada bacaan 50.0 bulan sebelumnya, sedang keadaan darurat yang dilaksanakan lagi di kawasan-kawasan yang didiami 55 peratus daripada penduduk negara itu menjejas pekerjaan dan pengeluaran.

Keadaan ini sangat berbeza di Korea Selatan, di mana kegiatan pengilangan meningkat pada kadar terpantas dalam sedekad ekoran eksport yang melonjak.

Korea Selatan mengalami gelombang jangkitan ketiga dan paling teruk musim sejuk ini tetapi secara beransur-ansur mencatat pengurangan kes baru.

Kegiatan pengilangan di Indonesia meningkat pada kadar yang lebih pantas pada Januari berbanding Disember, dan kegiatan sedemikian berhenti menguncup di Filipina.

Namun kegiatan merosot di Malaysia dan meningkat pada kadar yang lebih perlahan di Vietnam, menurut data PMI.

Ekonomi China berkembang pada kadar yang lebih cepat daripada yang dijangkakan iaitu 6.5 peratus pada suku keempat tahun lalu, ketika kilang-kilang berlumba-lumba untuk memenuhi pesanan luar negara di tengah-tengah peningkatan pandemik.

Sungguhpun begitu, harapan semakin pudar dengan peningkatan mendadak kes COVID-19 sedang pihak berkuasa berlumba-lumba untuk menerapkan langkah-langkah sekatan untuk mengekang penyebaran virus tersebut di utara negara itu.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan