Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harta 26 orang terkaya setara milik separuh penduduk miskin dunia: Oxfam

Satu laporan dari badan amal dan kebajikan Oxfam mendedahkan, jurang pendapatan antara masyarakat yang kaya dengan miskin di serata dunia semakin melebar.

Anggaran Waktu Membaca:
Harta 26 orang terkaya setara milik separuh penduduk miskin dunia: Oxfam

Jurang pendapatan antara masyarakat yang kaya dengan miskin di serata dunia semakin melebar. (Gambar: Said Khatib/AFP)

Diterbitkan : 21 Jan 2019 11:04AM Dikemas Kini : 21 Jan 2019 11:07AM

DAVOS, SWITERLAND: Satu laporan dari badan amal dan kebajikan Oxfam mendedahkan, jurang pendapatan antara masyarakat yang kaya dengan miskin di serata dunia semakin melebar.

Laporan itu menjelaskan, gabungan kekayaan hartawan di serata dunia meningkat sebanyak AS$2.5 bilion (S$3.4 bilion) setiap hari pada tahun lalu.

Harta milik lelaki terkaya di dunia, CEO Amazon Jeff Bezos meningkat sebanyak AS$112 bilion (S$152 bilion) tahun lalu. Oxfam mendedahkan satu peratus dari kekayaan yang dimilikinya sahaja, setara keseluruhan bajet kesihatan di Habsyah, sebuah negara dengan 105 juta penduduk.

Dalam masa yang sama laporan itu menarik perhatian harta 3.8 bilion penduduk dunia berpendapatan paling rendah merosot sebanyak 11 peratus tahun lalu.

Oxfam menegaskan jurang antara yang kaya dengan miskin yang semakin melebar menyukarkan lagi usaha memerangi kemiskinan, merosakkan ekonomi serta membangkitkan kemarahan awam.

Laporan tersebut diterbitkan menjelang Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

Oxfam menggesa pemerintah-pemerintah untuk meningkatkan cukai terhadap golongan kaya dan berada, bagi menangani jurang pendapatan yang semakin melebar di kalangan yang kaya dan miskin di dunia. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan