Images
  • tauge
    Gambar fail taugeh.

Harga tauge terus naik: Mungkinkah tauge 'lenyap' daripada makanan anda?

SINGAPURA: Tidak kira laksa, mee soto, popiah atau mee udang, kesemua hidangan itu mempunyai bahan yang sama, yang kita jarang berfikir tentangnya - sehingga ia tiada lagi!

Bahan yang kami maksudkan ini ialah tauge.

Tidak ramai orang di Singapura menyedari bahawa sekitar 40,000 kilogram tauge dimakan setiap hari di sini, atau lebih 14,000 tan setiap tahun.

Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, harga tauge sudah naik dengan ketara; tauge di pasar basah kini berharga sekurang-kurangnya S$1.50 setiap kilogram berbanding sekitar $0.90 setiap kilogram sekitar empat tahun lalu.

Ini bermakna harga tauge naik 70 peratus, jauh lebih banyak berbanding inflasi sepanjang tahun-tahun itu.

TAUGE DI PASAR RAYA BERHARGA SEGANDA

Tauge adalah sayuran paling murah dan dimasak di rumah. Lazimnya, kebanyakan orang tidak memerlukan lebih daripada segenggam tauge.

Oleh itu, majoriti orang tidak menyedari harga tauge yang meningkat dengan mendadak sejak kebelakangan tahun ini.

Bagaimanapun, kenaikan harga itu disedari oleh para penjual sayuran yang harus membeli tauge dalam kuantiti yang besar.

Sekitar 70 peratus tauge yang kita makan ditanam di Singapura.

Encik Tan misalnya membesar dalam keluarga yang menanam tauge - ayahnya dan pakciknya antara petani terawal di Singapura.

Menurutnya, kebanyakan petani di Singapura mendapatkan benih tauge dari Myanmar dan pada 2015 terdapat kenaikan harga yang ketara. Ini disebabkan oleh hasil tuaian yang tidak baik di India, sekali gus menyebabkan para petani membeli lebih banyak bijirin dari Myanmar.

"Harga tauge naik sebanyak tiga kali ganda," menurut Encik Tan.

"Pada ketika itu saya berhenti menjual tauge kepada pasar basah dan saya memahami bahawa para petani (di Singapura) berhenti menyerap kosnya dan menaikkan harga pasar basah."

Beberapa tahun lalu, harga tauge di pasar basah adalah S$0.90 setiap kilogram tetapi, ia kini berharga S$1.50 setiap kilogram.

Namun, harga tauge di pasar raya naik naik lebih ketara - dahulu ia berharga S$1 setiap kilogram tetapi secara purata ia kini berharga S$3.50 setiap kilogram.

Oleh itu, harga tauge di pasar raya sekurang-kurangnya seganda lebih mahal berbanding tauge yang didapati di pasar basah. 

- CNA/NA/na

Top