Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga rumah privet S'pura naik 2.9% pada suku pertama: Anggaran awal URA

Harga rumah privet di Singapura naik 2.9 peratus pada suku pertama 2021, menurut anggaran awal rasmi yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Khamis (1 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Apr 2021 11:10AM Dikemas Kini : 01 Apr 2021 09:47PM

SINGAPURA: Harga rumah privet di Singapura naik 2.9 peratus pada suku pertama 2021, menurut anggaran awal rasmi yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Khamis (1 Apr).

Ini menyusuli pertumbuhan 2.1 peratus pada suku sebelumnya, dan kenaikan 2.2 peratus dalam harga rumah privet untuk keseluruhan tahun lalu di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Indeks hartanah kediaman privet pada suku perta meningkat kepada 161.6 mata, naik 4.6 mata daripada suku sebelumnya.

Kenaikan itu dipacu oleh harga di Baki Kawasan Bandar (RCR), yang meningkat 6.1 peratus berbanding kenaikan 4.4 peratus pada suku terakhir 2020.

Sebaliknya, harga di Kawasan Tengah Bandar (CCR) susut 0.3 peratus, berbanding kenaikan 3.2 peratus pada suku sebelumnya.

Harga di Luar Kawasan Tengah Bandar (OCR) naik 0.9 peratus, berbanding kenaikan 1.8 peratus pada suku lalu.

Harga rumah berhalaman naik 5.6 peratus, setelah turun 1.6 peratus pada suku sebelumnya, sementara harga rumah tidak berhalaman naik 2.1 peratus, lebih rendah berbanding kenaikan 3 peratus pada suku lalu.

Anggaran awal dikeluarkan berdasarkan data urus niaga hingga pertengahan Mac.

URA akan mengeluarkan perangkaan penuh suku pertama pada 23 April.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan