Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga rumah privet S'pura naik 1.5% pada suku kedua; paling tinggi dalam 5 tahun

Harga rumah privet mencatat kenaikan di luar jangkaan pada suku kedua, mencecah paras rekod tertinggi dalam sekurang-kurangnya lima tahun ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Jul 2019 11:51AM Dikemas Kini : 27 Jul 2019 01:17AM

SINGAPURA: Harga rumah privet mencatat kenaikan di luar jangkaan pada suku kedua, mencecah paras rekod tertinggi dalam sekurang-kurangnya lima tahun ini.

Jenis apartmen di kawasan sekitar tengah dan luar bandar paling popular dalam kalangan pembeli.

Indeks hartanah perumahan privet naik naik 1.5 peratus kepada 150.8 mata pada suku kedua, mengatasi anggaran sebelumnya dan kemerosotan yang dicatatkan dua suku berturut-turut.

Demikian menurut data yang dikeluarkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Jumaat (26 Jul).

Harga rumah privet jatuh 0.7 peratus pada suku pertama dan 0.1 peratus dalam tempoh Oktober hingga Disember menyusuli langkah-langkah meredakan pasaran yang dilaksanakan Pemerintah pada pertengahan tahun lalu.

Harga sewa naik 1.3 peratus berbanding 1 peratus pada suku sebelumnya.

RUMAH BERHALAMAN BERBANDING APARTMEN

Dalam segmen hartanah berhalaman, harga merosot sebanyak 0.1 peratus pada suku kedua, berbanding kenaikan 1.1 peratus yang dicatat pada suku sebelumnya.

Harga rumah privet tanpa halaman pula melonjak 2 peratus, berbanding kemerosotan 1.1 peratus pada suku sebelumnya. Harga hartanah di baki kawasan bandar (RCR) naik paling tinggi sebanyak 3.5 peratus, disusuli apartmen di bahagian tengah bandar (CCR) iaitu sebanyak 2.3 peratus dan apartmen di luar kawasan tengah bandar (OCR) sebanyak 0.4 peratus.

PELANCARAN DAN JUALAN

Antara April hingga Jun, para pemaju melancarkan 2,502 unit perumahan privet yang belum siap - tidak termasuk kondominium eksekutif (EC), untuk dijual, berbanding 2,989 unit dalam suku sebelumnya. Sebilangan besar pelancaran baru itu adalah di kawasan RCR.

2,350 apartmen dijual, naik dari 1,838 unit pada suku sebelumnya.

Apartmen di sekitar kawasan tengah dan luar bandar adalah paling popular dalam kalangan pembeli, dengan 1,858 unit di RCR dan 1,008 di OCR dijual. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan