Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga rumah privet S'pura naik 0.9% pada suku ketiga

Harga rumah privet di Singapura meningkat bagi enam bulan berturut-turut, dengan apartmen-apartmen di kawasan tengah Singapura popular dalam kalangan pembeli.

Anggaran Waktu Membaca:
Harga rumah privet S'pura naik 0.9% pada suku ketiga

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 01 Oct 2019 01:06PM Dikemas Kini : 01 Oct 2019 01:08PM

SINGAPURA: Harga rumah privet di Singapura meningkat bagi enam bulan berturut-turut, dengan apartmen-apartmen di kawasan tengah Singapura popular dalam kalangan pembeli.

Indeks hartanah privet naik 0.9 peratus kepada 152.2 mata pada suku ketiga, menurut data oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) hari ini (1 Okt).

Harga rumah privet turun 0.7 peratus pada suku pertama dan 0.1 peratus bagi tempoh Oktober hingga Disember menyusuli langkah-langkah bagi meredakan pasaran hartanah yang dikuatkuasakan oleh Pemerintah pada pertengahan tahun lalu.

Pada suku lalu, harga meningkat 1.5 peratus.

Harga hartanah berhalaman merosot 2.2 peratus pada suku ketiga, berbanding 0.1 peratus pada suku sebelumnya.

Harga hartanah tanpa halaman naik 1.7 peratus, berbanding kenaikan 2 peratus pada suku sebelumnya.

Harga hartanah di kawasan tengah bandar (CCR) mencatat peningkatan paling ketara iaitu 2.9 peratus, diikuti dengan harga hartanah di sekeliling kawasan itu (RCR) yang naik 1.6 peratus manakala rumah-rumah privet di luar kawasan tersebut (OCR) naik 0.7 peratus.

"Rentak peningkatan harga yang lebih perlahan itu adalah seperti yang diramalkan sebelum ini mungkin kerana kebanyakan pemaju hartanah dan penjual flat-flat jualan semula menetapkan harga pada paras yang menarik untuk mengurangkan bekalan sedia ada," kata Christine Sun, ketua kajian dan runding cara syarikat OrangeTee & Tie.

"Rumah-rumah mewah yang berkurangan juga dijual pada suku yang lalu berbanding suku ini, manakala lebih banyak rumah di kawasan pinggir bandar (OCR) dan kawasan sekeliling bandar (RCR) dijual pada suku yang lalu."

"Ini mungkin menyebabkan purata harga bagi keseluruhan pasaran mengalami kemerosotan seperti yang digambarkan menerusi rentak pertumbuhan harga yang lebih perlahan pada suku ketiga," kata Cik Sun.

Menurut Cik Sun lagi: "Walaupun pasaran hartanah terus dipengaruhi oleh kuasa-kuasa global di ekonomi yang lebih luas, pertumbuhan penduduk yang kukuh, peningkatan pada pendapatan keluarga dan jumlah pekerjaan yang positif akan terus menjadi pemacu utama bagi kedua-dua harga dan permintaan dan perumahan dalam jangka panjang."

"Berhubung ketidakpastian ekonomi yang terkini, Singapura kekal sebagai tempat yang selamat untuk memikat pelabur asing melaburkan dana mereka di sini.

"Kami menjangkakan harga perumahan akan kekal stabil untuk sepanjang tahun ini sedang permintaan bagi rumah-rumah privet meningkat meskipun ada ketidakpastian pada ekonomi makro buat masa ini," kata Cik Sun.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan