Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga rumah privet naik hampir 8% pada 2018

Harga rumah privet di Singapura naik 7.9 peratus pada 2018, berbanding kenaikan hanya 1.1 peratus pada tahun sebelumnya, menurut perangkaan awal yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Rabu (2 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga rumah privet naik hampir 8% pada 2018

Bilik pameran Stirling Residences. (Gambar fail: Nuria Ling/TODAY)

Diterbitkan : 02 Jan 2019 11:13AM Dikemas Kini : 02 Jan 2019 11:21AM

SINGAPURA: Harga rumah privet di Singapura naik 7.9 peratus pada 2018, berbanding kenaikan hanya 1.1 peratus pada tahun sebelumnya, menurut perangkaan awal yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Rabu (2 Jan).

Bagaimanapun, ia meningkat dengan lebih perlahan setelah Pemerintah memperkenalkan lebih banyak langkah pada Julai untuk meredakan pasaran.

Harga rumah privet naik 0.5 peratus pada suku ketiga 2018 dan kemudian susut 0.1 peratus pada suku keempat, menurut perangkaan URA.

Harga rumah privet tanpa halaman di bahagian tengah bandar (CCR) merosot 1.5 peratus berbanding peningkatan 1.3 peratus pada suku ketiga. Harga hartanah di sekeliling kawasan itu (RCR) naik 1.8 peratus dalam tempoh yang sama, manakala harga di pinggir kawasan tengah bandar (OCR) meningkat 0.8 peratus.

Bagi keseluruhan 2018, harga CCR, RCR dan OCR masing-masing meningkat 6.2 peratus, 7.4 peratus dan 9.5 peratus.

Ramalan awal itu dikumpul berdasarkan harga urus niaga yang ditetapkan dalam kontrak-kontrak bagi bayaran cukai setem dan data tinjauan berhubung unit-unit baru yang dijual oleh para pemaju hartanah sehingga pertengahan Disember lalu.

Perangkaan itu akan dikemas kini pada 25 Januari apabila URA mengeluarkan perangkaan lengkap bagi suku tersebut. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan