Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga rumah privet naik 7.9% pada 2018; harga jualan semula HDB merosot

Harga rumah privet di Singapura naik 7.9 peratus pada 2018, berbanding kenaikan 1.1 peratus pada tahun sebelumnya, menurut perangkaan terbaru yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Jumaat (25 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga rumah privet naik 7.9% pada 2018; harga jualan semula HDB merosot

Gambar fail TODAY.

Diterbitkan : 25 Jan 2019 11:54AM Dikemas Kini : 25 Jan 2019 11:58AM

SINGAPURA: Harga rumah privet di Singapura naik 7.9 peratus pada 2018, berbanding kenaikan 1.1 peratus pada tahun sebelumnya, menurut perangkaan terbaru yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Jumaat (25 Jan), sekali gus mengesahkan ramalan awal yang diumumkan awal bulan ini.

Harga rumah privet jatuh 0.1 peratus dalam suku keempat tahun ini, berbanding kenaikan 0.5 peratus pada suku ketiga.

URA mengemas kini anggarannya untuk rumah privet tanpa halaman di bahagian tengah bandar (CCR), yang merosot 1.0 peratus dalam suku keempat 2018. Ini berbanding kenaikan 1.3 peratus dalam suku sebelumnya.

Harga rumah di pinggir kawasan luar bandar (OCR) meningkat 0.7 peratus dalam suku keempat, manakala harga hartanah di sekeliling kawasan itu (RCR) naik 1.8 peratus.

Bagi keseluruhan 2018, harga hartanah tanpa halaman di CCR, RCR dan OCR masing-masing naik 6.7 peratus, 7.4 peratus dan 9.4 peratus.

Harga rumah yang mempunyai halaman merosot 2.0 peratus dalam suku keempat, berbanding kenaikan 2.3 peratus dalam suku sebelumnya.

Bagi keseluruhan 2018, harga rumah yang mempunyai halaman meningkat 6.3 peratus manakala rumah tanpa halaman naik 8.3 peratus.

HARGA FLAT JUALAN SEMULA HDB JATUH 0.9% PADA 2018

Sementara itu, harga flat jualan semula di Singapura jatuh 0.9% pada 2018 berbanding tahun sebelumnya.

Perangkaan terbaru yang dikeluarkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) itu selaras dengan ramalan awal yang diumumkan awal bulan ini.

Dalam suku keempat 2018 sahaja, harga jatuh 0.2 peratus, menurut indeks harga jualan semula HDB.

Indeks tersebut, yang menyediakan maklumat mengenai naik turun harga flat dalam pasaran jualan semula menunjukkan harga jatuh dari 131.6 dalam suku ketiga kepada 131.4 semasa tempoh Oktober hingga Disember.

HDB mengesahkan bahawa pihaknya akan melancarkan sekitar 15,000 flat baru tahun ini.

Flat Bina-Ikut-Tempahan pertama tahun ini akan dilancarkan pada Februari dengan sekitar 3,100 flat ditawarkan di Jurong West, Kallang Whampoa dan Sengkang.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan