Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga petrol RON97 di M'sia naik 14 sen, petrol RON95 dan diesel kekal

Harga runcit petrol RON97 naik 14 sen kepada RM2.67 seliter (S$0.88), manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 (S$0.69) dan RM2.18 (S$0.72) seliter, berkuat kuasa tengah malam ini (21 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga petrol RON97 di M'sia naik 14 sen, petrol RON95 dan diesel kekal

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 20 Sep 2019 09:43PM Dikemas Kini : 20 Sep 2019 09:48PM

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 naik 14 sen kepada RM2.67 seliter (S$0.88), manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 (S$0.69) dan RM2.18 (S$0.72) seliter, berkuat kuasa tengah malam ini (21 Sep).

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan hari ini (20 Sep), memaklumkan berdasarkan pengiraan mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh tersebut masing-masing sepatutnya RM2.37 (S$0.78) seliter dan RM2.32 (S$0.77) seliter.

"Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.23 (S$0.74) seliter dan diesel pada paras RM2.29 (S$0.76) seliter,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kenaikan harga minyak dunia dipercayai ekoran kejadian serangan terhadap dua loji minyak di Arab Saudi pada 14 September lalu yang menjejas pengeluaran dan eksport minyak negara itu.

“Selaras dengan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan akan terus beri subsidi bagi mengimbangi kenaikan harga minyak berikutan insiden itu,” menurut kementerian itu.

Berdasarkan pengekalan harga runcit RON95 dan diesel itu, anggaran subsidi petroleum yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 21 hingga 27 Sept adalah berjumlah RM123.16 juta (S$40.6 juta).

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan