Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga minyak turun meskipun bekalan AS menjunam

Harga minyak turun pada Khamis (18 Apr) meskipun terdapat kemerosotan mendadak dalam bekalan Amerika Syarikat, dengan tanda aras antarabangsa Brent merosot daripada harga tertinggi dalam lima bulan pada sesi sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Harga minyak turun meskipun bekalan AS menjunam

(Gambar hiasan: Reuters)

Diterbitkan : 18 Apr 2019 12:59PM Dikemas Kini : 18 Apr 2019 01:04PM

SYDNEY: Harga minyak turun pada Khamis (18 Apr) meskipun terdapat kemerosotan mendadak dalam bekalan Amerika Syarikat, dengan tanda aras antarabangsa Brent merosot daripada harga tertinggi dalam lima bulan pada sesi sebelumnya.

Harga minyak mentah Brent diperdagangkan pada AS$71.51 (S$96.75) setong pada 0056GMT (8:56 pagi waktu Singapura), turun 11 sen atau 0.2 peratus berbanding sesi dagangan sebelum ini. Brent susut 0.1 peratus pada Rabu, menyusuli harga rekod sejak 8 November iaitu AS$72.27 (S$97.78) setong.

West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat pula dijual pada harga AS$63.67 (S$86.14) setong, susut 9 sen atau 0.1 peratus. WTI ditutup 0.5 lebih rendah pada sesi terakhir.

"Harga masih lemah meskipun inventori Amerika Syarikat merosot," menurut satu nota penyelidikan ANZ Bank.

Inventori minyak mentah Amerika Syarikat jatuh 1.4 juta tong dalam minggu berakhir 12 April, berbanding peningkatan 1.7 juta tong yang dijangka para penganalisis.

Import bersih minyak mentah Amerika Syarikat minggu lalu merosot sebanyak 659,000 tong sehari.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan