Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga minyak melonjak, saham menjunam susuli serangan peluru berpandu Iran

Harga minyak melonjak pada Rabu (8 Jan) dan saham-saham Tokyo menjunam setelah para pelabur dikejutkan dengan ketegangan yang memuncak antara Amerika Syarikat dengan Iran menyusuli serangan peluru berpandu yang dilancarkan Tehran ke atas tentera Amerika di Iraq.

Anggaran Waktu Membaca:
Harga minyak melonjak, saham menjunam susuli serangan peluru berpandu Iran

Tunjuk perasaan yang berlaku menentang pembunuhan komander tertinggi tentera elit Iran Qasem Soleimani.

Diterbitkan : 08 Jan 2020 12:11PM Dikemas Kini : 08 Jan 2020 12:19PM

TOKYO: Harga minyak melonjak pada Rabu (8 Jan) dan saham-saham Tokyo menjunam setelah para pelabur dikejutkan dengan ketegangan yang memuncak antara Amerika Syarikat dengan Iran menyusuli serangan peluru berpandu yang dilancarkan Tehran ke atas tentera Amerika di Iraq.

Apabila media mengeluarkan laporan mengenai serangan peluru berpandu ke atas dua pangkalan udara di Iraq yang menempatkan tentera Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya, indeks Nikkei 225 jatuh hampir 2.5 peratus, dengan indeks Topix merosot lebih dua peratus.

"Hari ini bukan hari yang baik," kata Stephen Innes dari AxiTrader, semasa memberikan reaksi kepada laporan awal berhubung respons Iran terhadap kematian panglima tenteranya Qasem Soleimani yang dibunuh Amerika Syarikat.

Harga minyak naik mendadak menyusuli berita mengenai serangan itu, dengan tanda aras WTI melonjak 4.53 peratus kepada AS$65.54 setong sebelum turun sedikit.

Saham-saham Jepun turut terjejas akibat serangan tersebut dengan nilai mata wang yen mengheret eksport daripada firma-firma Jepun.

"Yen mengukuh ke paras 107.78-79" yang secara keseluruhannya menjejas saham Jepun, menurut Kyoko Amemiya, penasihat kanan pasaran SBI Securities kepada AFP.

Saham-saham Jepun juga terjejas oleh kebimbangan berhubung kesan ekonomi yang terbit daripada harga minyak yang meningkat, ke atas Jepun yang miskin sumber semula jadi, kata Encik Amemiya.

Sebelum perkembangan terbaru pada ketegangan Amerika-Iran itu, para pelabur sedang menimbangkan bagaimana untuk berdagang di tengah-tengah ketegangan Timur Tengah, dengan saham-saham terumbang-ambing sejak pembunuhan Soleimani.

Pada sesi dagang semalam, saham-saham Amerika Syarikat jatuh sedikit manakala pasaran Eropah secara keseluruhannya agak mendatar - dengan Frankfurt mengatasi pasaran jiran-jirannya dengan keuntungan 0.8 peratus.

Iran melancarkan "lebih 12" peluru berpandu balistik pada Selasa ke atas dua pangkalan udara di Iraq di mana tentera Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya ditempatkan, menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat selepas pasaran saham Tokyo dibuka.

Dolar Amerika diperdagangkan pada harga 107.78 yen pada awal sesi dagang di Asia, berbanding 108.42 yen di New York pada Selasa.

Secara keseluruhannya, indeks Nikkei 225 diperdagangkan 576.26 mata lebih rendah pada 22,999.46 sekitar 30 minit selepas sesi dagang bermula, sementara indeks Topix yang lebih luas jatuh 37.90 mata kepada 1,687.15.

LAPORAN BERKAITAN:

Perang besar tidak mungkin berlaku selepas konflik AS-Iran, kata pengamat

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan