Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga minyak lonjak lebih 4% susulan serangan AS bunuh komander Iran, Iraq

Harga minyak melonjak lebih 4 peratus pada Jumaat (3 Jan), selepas serangan udara Amerika Syarikat membunuh pegawai kanan tentera Iran dan Iraq, menimbulkan kebimbangan ketegangan semakin meningkat di Timur Tengah mungkin menjejas bekalan minyak.

Anggaran Waktu Membaca:
Harga minyak lonjak lebih 4% susulan serangan AS bunuh komander Iran, Iraq

(Gambar hiasan: Reuters)

Diterbitkan : 03 Jan 2020 04:12PM Dikemas Kini : 03 Jan 2020 04:14PM

SINGAPURA: Harga minyak melonjak lebih 4 peratus pada Jumaat (3 Jan), selepas serangan udara Amerika Syarikat membunuh pegawai kanan tentera Iran dan Iraq, menimbulkan kebimbangan ketegangan semakin meningkat di Timur Tengah mungkin menjejas bekalan minyak.

Penanda aras Brent melonjak sebanyak 4.4 peratus kepada US$69.16 (S$93.15) setiap tong dan WTI melonjak 4.3 peratus kepada AS$63.84 (S$85.99).

"Risiko bekalan terus meningkat di Timur Tengah dan kita dapat melihat keadaan semakin tegang antara Amerika Syarikat dengan pihak tentera yang disokong Iran di Iraq," kata Edward Moya, penganalisis di syarikat broker OANDA, kepada Reuters menerusi e-mel.

Serangan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada awal Jumaat membunuh Mejar Jeneral Qasem Soleimani, panglima tentera elit Pasukan Quds Iran, dan komander pasukan bersenjata Iraq, Abu Mahdi al-Muhandis, menurut seorang jurucakap kumpulan tentera Iraq itu kepada Reuters.

Pentagon sejurus itu mengumumkan bahawa Presiden Donald Trump mengarahkan pembunuhan Soleimani.

"Ini lebih daripada sekadar mencederakan Iran," kata Stephen Innes dari AxiTrader. "Ini adalah satu pertunjukan kuasa tentera Amerika secara agresif dan provokasi terang-terangan yang boleh mencetuskan perang Timur Tengah yang baru."

Pembunuhan Soleimani itu merupakan perkembangan terbaru ketegangan antara Washington dengan Tehran. Ia menyusuli kejadian di mana para penyokong Iran awal minggu ini secara beramai-ramai mengepung kedutaan Amerika Syarikat di Iraq, ekoran serangan udara yang membunuh sayap tegar Hashed.

Serangan ke atas kedutaan itu menampakkan ketegangan baru dalam hubungan Amerika-Iraq, digambarkan kepada AFP oleh para pegawai dari kedua-dua negara sebagai "paling dingin" dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Sumber : Reuters/AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan