Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga minyak jatuh sedang kelengahan rundingan OPEC+ tingkatkan keprihatinan bekalan

Harga minyak jatuh pada Selasa (1 Dis) di tengah-tengah keprihatinan mengenai bekalan berlebihan selepas para pengeluar utama menangguhkan rundingan mengenai dasar pengeluaran 2021 yang mungkin melanjutkan potongan pengeluaran sedang pandemik COVID-19 terus melemahkan permintaan bahan bakar.

Anggaran Waktu Membaca:
Harga minyak jatuh sedang kelengahan rundingan OPEC+ tingkatkan keprihatinan bekalan

(Gambar: Jessica Lutz/Reuters)

Diterbitkan : 01 Dec 2020 01:01PM Dikemas Kini : 01 Dec 2020 01:03PM

TOKYO: Harga minyak jatuh pada Selasa (1 Dis) di tengah-tengah keprihatinan mengenai bekalan berlebihan selepas para pengeluar utama menangguhkan rundingan mengenai dasar pengeluaran 2021 yang mungkin melanjutkan potongan pengeluaran sedang pandemik COVID-19 terus melemahkan permintaan bahan bakar.

Harga minyak mentah Brent pada Disember dibuka 20 sen atau 0.4 peratus lebih rendah, pada AS$47.68 (S$63.85) setong pada 0136 GMT (9.36 pagi waktu Singapura), setelah jatuh lebih dari 1 peratus pada Isnin. West Texas Intermediate susut 27 sen, atau 0.6 sen pada AS$45.07 (S$60.35) setong, setelah susut 0.4 peratus pada sesi sebelumnya.

Sungguhpun begitu, kedua-dua kontrak melonjak sekitar 27 peratus pada November, kenaikan bulanan terbesar sejak Mac selepas penghasilan vaksin COVID-19 meningkatkan harapan bagi pemulihan ekonomi yang dapat mendorong permintaan bagi bahan bakar.

OPEC+ menangguhkan rundingan mengenai dasar pengeluaran bagi tahun depan hingga Khamis, kata tiga sumber kepada Reuters, sedang para pemain utama masih belum mencapai persetujuan mengenai jumlah minyak yang harus mereka keluarkan di tengah-tengah permintaan yang lemah.

Kumpulan itu, termasuk Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), Rusia dan sekutu-sekutu lain, dijadualkan mengadakan mesyuaratnya pada Selasa selepas perbincangan menteri-menteri utama pada Ahad gagal mencapai kata sepakat.

Sumber-sumber berkata bahawa UAE menyulitkan keadaan dengan memberi isyarat bahawa pihaknya akan bersedia untuk menyokong lanjutan potongan bekalan hanya jika pematuhan para anggota kumpulan terhadap komitmen potongan bertambah baik.

Kumpulan itu dijangka mengurangkan pengeluaran sedia ada sebanyak 2 juta tong sehari dari Januari, tetapi dengan permintaan masih mengalami tekanan akibat COVID-19, OPEC+ sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan potongan sedia ada ke beberapa bulan pertama tahun depan, satu pendirian yang disokong oleh pemimpin tidak rasmi OPEC, Arab Saudi, kata sumber-sumber.

Tinjauan pendapat yang dijalankan Reuters terhadap 40 pakar ekonomi dan penganalisis meramalkan Brent akan mencapai harga purata AS$49.35 (S$66.09) setong tahun depan, sambil menganggarkan bahawa harga minyak akan menghadapi kesukaran untuk terus naik.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan