Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga minyak jatuh ekoran keprihatinan pemulihan permintaan, simpanan berlebihan AS

Harga minyak merosot dalam dagangan awal pada Khamis (11 Jun) kerana kebimbangan tentang pertumbuhan permintaan yang perlahan sedang kes COVID-19 terus meningkat, simpanan minyak mentah AS yang mencapai paras rekod tinggi danramalan bahawa pemulihan ekonomi akan memakan masa bertahun-tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Harga minyak jatuh ekoran keprihatinan pemulihan permintaan, simpanan berlebihan AS

(Gambar hiasan: Reuters)

Diterbitkan : 11 Jun 2020 11:33AM Dikemas Kini : 11 Jun 2020 11:41AM

MELBOURNE: Harga minyak merosot dalam dagangan awal pada Khamis (11 Jun) kerana kebimbangan tentang pertumbuhan permintaan yang perlahan sedang kes COVID-19 terus meningkat, simpanan minyak mentah Amerika Syarikat yang mencapai paras rekod tinggi dan Rizab Federal Amerika Syarikat meramalkan pemulihan daripada pandemik virus korona akan memakan masa bertahun-tahun.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat melenyapkan keuntungan dari Rabu, jatuh serendah AS$38.42 (S$53.26) satu tong. Kontrak penanda aras turun 2.2 peratus, atau 86 sen, kepada AS$38.74 (S$53.70) pada 0031 GMT.

Niaga hadapan minyak mentah Brent turun 2.0 peratus, atau 85 sen, kepada AS$40.88 (S$56.67) setong, juga melenyapkan kenaikan pada Rabu.

Para penganalisis berkata selepas harga meningkat kepada dua kali ganda sejak April, kegiatan penjualan besar-besaran oleh pedagang disaksikan bila harga mencecah paras negatif.

"Kenaikan harga minyak mentah baru-baru ini terhenti sedang kenaikan inventori menunjukkan laluan pemulihan akan menjadi sukar," kata penganalisis ANZ dalam satu nota.

Inventori minyak mentah AS meningkat secara mendadak di luar jangkaan sebanyak 5.7 juta tong pada minggu berakhir 5 Jun kepada 538.1 juta tong - satu paras rekod - sedang kenaikan import dirangsang oleh ketibaan bekalan yang dibeli oleh loji penapisan minyak ketika Arab Saudi membanjiri pasaran pada Mac dan April, menurut data dari Pentadbiran Maklumat Tenaga.

Pada masa yang sama, simpanan petrol meningkat lebih tinggi dari jangkaan kepada 258.7 juta tong.

Memburukkan lagi sentimen negatif, Rizab Federal Amerika Syarikat menyatakan ekonomi terbesar dunia itu akan menguncup 6.5 peratus tahun ini dan kadar pengangguran akan berada di paras 9.3 peratus pada hujung 2020 dalam unjuran pertama era pandemik ini.

Sebagai satu lagi tanda bahawa pemulihan akan terus dibayangi oleh virus korona, jumlah kes COIVD-19 di Amerika Syarikat mencecah 2 juta pada Rabu, dengan jangkitan baru meningkat sedikit setelah penurunan selama lima minggu, menurut analisis Reuters.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan