Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga jualan semula HDB naik 0.2% pada suku kedua

 Harga jualan semula dalam pasaran perumahan awam naik sebanyak 0.2 peratus dalam suku kedua 2020, setelah kekal stabil dalam suku pertama di tengah-tengah penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Harga jualan semula HDB naik 0.2% pada suku kedua

(Gambar: Wikimedia)

Diterbitkan : 01 Jul 2020 12:54PM Dikemas Kini : 01 Jul 2020 01:11PM

SINGAPURA: Harga jualan semula dalam pasaran perumahan awam naik sebanyak 0.2 peratus dalam suku kedua 2020, setelah kekal stabil dalam suku pertama di tengah-tengah penularan COVID-19.

Ini berbeza dengan kemerosotan harga dua suku berturut-turut bagi sektor hartanah privet.

Indeks harga jualan semula bagi perumahan awam adalah 131.8, naik daripada 131.5 dalam suku pertama, menurut unjuran awal yang dikeluarkan oleh HDB pada Rabu (1 Jul).

Dengan Singapura berada di Fasa 2 pelonggaran langkah pemutus rantaian jangkitan untuk mengekang penularan COVID-19, khidmat kaunter di HDB Hub dan cawangan-cawangannya sudah mula beroperasi semula, tetapi hanya melalui temu janji.

Kegiatan meninjau flat secara fizikal juga disambung semula dari 19 Jun, apabila Singapura memasuki Fasa 2 pembukaan semula ekonomi.

HDB menyatakan pada Rabu bahawa pihaknya akan menawarkan sekitar 7,800 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di Ang Mo Kio, Bishan, Choa Chu Kang, Geylang, Pasir Ris, Tampines, Tengah dan Woodlands pada Ogos.

HDB sebelum ini menyatakan bahawa penjualan BTO yang awalnya dijadualkan untuk Mei akan digabungkan dengan penjualan pada Ogos.

Pada November, HDB akan menawarkan sekitar 5,700 flat di Bishan, Sembawang, Tampines, Tengah dan Toa Payoh.

Masa menunggu untuk flat BTO di Choa Chu Kang dan Tampines North (Ogos), serta Tengah (November) akan lebih singkat.

Indeks harga jualan semula HDB bagi suku kedua sepenuhnya akan dikeluarkan bersama data perumahan awam yang lebih terperinci pada 24 Jul.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan