Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga iPhone 11 tidak terjejas oleh tarif Trump terhadap produk China

Perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dengan China tidak menjejas harga penjualan produk Apple kali ini, lapor Astro Awani.

Anggaran Waktu Membaca:
Harga iPhone 11 tidak terjejas oleh tarif Trump terhadap produk China

iPhone 11. (Gambar: Justin Sullivan/Getty Images/AFP)

Diterbitkan : 11 Sep 2019 10:21AM Dikemas Kini : 11 Sep 2019 10:25AM

CUPERTINO: Perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dengan China tidak menjejas harga penjualan produk Apple kali ini, lapor Astro Awani.

Sebelum ini, Presiden AS Donald Trump sudahpun mengenakan beberapa tarif tambahan terhadap barangan yang diimport serta yang diperbuat di China.

Apple pada Rabu (11 Sep)melancarkan iPhone 11 yang berharga AS$699 (S$965), iPhone 11 Pro berharga AS$999 (S$1,379) dan iPhone 11 Pro Max berharga AS$1,099 (S$1,517) semasa acara tahunannya di Steve Jobs Theatre di Cupertino, California.

iPhone 11 adalah AS$50 (S$70) lebih murah daripada iPhone XR dengan ciri sama taraf, dilancarkan tahun lalu, yang berharga AS$749 (S$1,033). Harga peranti iPhone 11 Pro adalah sama seperti iPhone XS dan iPhone XS Max semasa kedua-duanya dilancarkan pada 2018.

Penurunan harga bagi model paling murah dan penyamaan harga dengan model yang lebih tinggi tarafnya, diperkenalkan ke pasaran tatkala Amerika mengenakan kenaikan tarif 15 peratus terhadap barangan buatan China - seperti yang dicadangkan Trump mengenai import China termasuk produk Apple.

Tarif Trump boleh dikatakan akan menjejas harga iPhone Apple hingga Disember tahun ini tetapi Apple nampaknya tidak menjadikan kenaikan tarif tersebut sebagai sebab untuk syarikat itu menaikkan harga penjualan peranti yang popular itu, lapor Astro Awani.

Bagaimanapun, pasaran kurang jelas jika Apple menyerap kenaikan kos tarif ini ke dalam harga penjualannya.

Penjualan iPhone susut pada 2019 dan penganalisis menyatakan antara sebab utama adalah kerana kenaikan harga iPhone pada 2018.

Strategi Apple tahun ini untuk mengekalkan harga penjualan iPhone sama seperti tahun lalu merupakan usaha syarikat berkenaan untuk mengekalkan kadar penjualan iPhone pada tempoh terdekat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple Tim Cook sebelum ini mengatakan beliau akan terus melobi pemerintah Amerika untuk menghentikan perang perdagangan Amerika-China. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan