Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga hartanah privet susut 1.1% pada suku kedua

Harga rumah privet di Singapura pada suku kedua menguncup 1.1 peratus berbanding suku sebelumnya, menurut unjuran awal Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Rabu (1 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga hartanah privet susut 1.1% pada suku kedua

(Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 01 Jul 2020 11:48AM Dikemas Kini : 01 Jul 2020 11:52AM

SINGAPURA: Harga rumah privet di Singapura pada suku kedua menguncup 1.1 peratus berbanding suku sebelumnya, menurut unjuran awal Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Rabu (1 Jul).

Indeks harga hartanah perumahan privet merosot sebanyak 1.7 mata daripada 152.1 mata dalam suku pertama kepada 150.4 dalam suku kedua.

"Ini adalah kemerosotan sebanyak 1.1 peratus berbanding penguncupan 1 peratus pada suku sebelumnya," menurut URA.

Harga hartanah perumahan privet tidak berhalaman di kawasan tengah bandar merosot sebanyak 0.1 peratus, berbanding kemerosotan sebanyak 2.2 peratus pada suku sebelumnya.

Hartanah di pinggir kawasan tengah bandar merosot sebanyak 1.9 peratus, berbanding kemerosotan 0.5 peratus pada suku sebelumnya.

Harga di luar kawasan tengah bandar kekal tidak berubah, berbanding kemerosotan 0.4 peratus pada suku sebelumnya.

Bagi hartanah berhalaman, harga merosot sebanyak 2.7 peratus berbanding kemerosotan 0.9 peratus pada suku sebelumnya.

Unjuran awal itu dibuat berdasarkan harga urus niaga yang diberikan dalam kontrak yang dikemukakan bagi bayaran cukai setem dan data bagi unit-unit yang dijual oleh para pemaju sehingga pertengahan Jun.

Perangkaan itu akan dikemaskini pada 24 Jun apabila URA mendedahkan statistik lengkap hartanah bagi suku kedua 2020.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan