Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga hartanah privet naik 2.5% pada 2019

Harga hartanah privet di Singapura meningkat lebih perlahan pada 2.5 peratus dalam 2019 berbanding 7.9 peratus dalam tahun sebelumnya, menurut anggaran awal rasmi yang dikeluarkan pada Khamis (2 Jan). 

Anggaran Waktu Membaca:
Harga hartanah privet naik 2.5% pada 2019

Gambar fail kondominium di Singapura. (Gambar: Eileen Poh)

Diterbitkan : 02 Jan 2020 01:29PM Dikemas Kini : 02 Jan 2020 01:33PM

SINGAPURA: Harga hartanah privet di Singapura meningkat lebih perlahan pada 2.5 peratus dalam 2019 berbanding 7.9 peratus dalam tahun sebelumnya, menurut anggaran awal rasmi yang dikeluarkan pada Khamis (2 Jan).

Pada suku keempat tahun lalu, indeks hartanah perumahan privet menokok 0.3 peratus kepada 153.3 mata menyusuli pertumbuhan dua suku berturut-turut.

Harga rumah privet tumbuh 1.3 peratus dalam suku ketiga dan 1.5 peratus dalam suku kedua.

Peningkatan dalam suku keempat dipacu oleh harga di luar kawasan bandar (4.3 peratus) dan kawasan lain bandar (2.7 peratus), menurut perangkaan yang dikeluarkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA). Harga rumah privet di kawasan pusat bandar mencatat kemerosotan 2.6 peratus.

Harga hartanah berhalaman pula mencatatkan kenaikan 4 peratus berbanding dengan pertumbuhan 1 peratus dalam suku ketiga.

Harga hartanah tidak berhalaman susut 0.7 peratus dalam suku keempat setelah naik 1.3 peratus dalam suku sebelumnya.

Kemerosotan harga bagi hartanah tidak berhalaman didahului kawasan pusat bandar pada 3.7 peratus. Harga di kawasan lain bandar jatuh 1.4 peratus.

Sementara itu, hartanah di kawasan luar bandar menyaksikan lonjakan harga sebanyak 2.9 peratus.

Ramalan awal itu dikumpulkan berdasarkan harga urus niaga dalam kontrak yang diserahkan bagi pembayaran cukai setem dan data mengenai unit-unit dijual oleh para pemaju sehingga pertengahan Disember lalu.

Statistik itu akan dikemas kini pada 23 Januari ini apabila URA mengeluarkan perangkaan hartanah yang lengkap bagi suku keempat 2019. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan