Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga flat jualan semula HDB susut 0.9% pada 2018

Harga flat jualan semula di Singapura susut 0.9 peratus pada 2018 berbanding tahun sebelumnya, menurut unjuran awal yang dikeluarkan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini (2 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga flat jualan semula HDB susut 0.9% pada 2018

Gambar flat HDB di Bukit Batok.

Diterbitkan : 02 Jan 2019 10:02AM Dikemas Kini : 02 Jan 2019 10:04AM

SINGAPURA: Harga flat jualan semula di Singapura susut 0.9 peratus pada 2018 berbanding tahun sebelumnya, menurut unjuran awal yang dikeluarkan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini (2 Jan).

Dalam suku keempat 2018, harga flat jualan semula jatuh sekitar 0.2 peratus, menurut indeks harga jualan semula HDB.

Indeks itu, yang menyediakan maklumat mengenai naik turun harga dalam pasaran jualan semula perumahan awam, merosot dari 131.6 dalam suku ketiga kepada 131.4 sepanjang tempoh antara Oktober hingga Disember lalu.

HDB menyatakan ia merancang untuk melancarkan penjualan bagi 15,000 flat baru pada tahun ini. Sekitar 3,100 flat di Jurong West, Kallang Whampoa dan Sengkang akan ditawarkan dalam penjualan flat Bina-Ikut-Tempahan (BTO) yang pertama pada bulan Februari.

Indeks harga jualan semula bagi suku keempat dan data perumahan awam yang lebih terperinci akan dikeluarkan pada 25 Januari. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan