Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga flat jual semula HDB jatuh 0.8% pada suku pertama; 3,900 flat baru dilancarkan bulan depan

Harga flat jualan semula terus jatuh dalam suku pertama tahun ini, dengan indeks harga jualan semula susut 0.8 peratus berbanding tiga bulan sebelumnya. Demikian menurut data yang dikeluarkan HDB hari ini (27 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Apr 2018 10:00AM Dikemas Kini : 28 Apr 2018 01:27AM

SINGAPURA: Harga flat jualan semula terus jatuh dalam suku pertama tahun ini, dengan indeks harga jualan semula susut 0.8 peratus berbanding tiga bulan sebelumnya. Demikian menurut data yang dikeluarkan HDB hari ini (27 Apr).

Jumlah urus niaga flat jualan semula sepanjang tiga bulan hingga Mac lalu, jatuh kepada 4,458 berbanding 5,738 urus niaga pada suku keempat tahun lalu, dan 1.6 peratus lebih rendah berbanding tahun lalu.

Jumlah flat HDB yang disewakan pula mencatat kenaikan 3.9 peratus, dari 11,279 flat dalam suku keempat kepada 11,721 flat. Berbanding tahun lalu, jumlah flat yang disewakan 17.4 peratus lebih tinggi.

Setakat 31 Mac, 54,329 flat HDB disewakan, iaitu kenaikan sebanyak 1.1 peratus berbanding suku sebelumnya.

Sejumlah 3,900 flat baru akan ditawarkan di Sengkang, Tampines, Toa Payoh dan Yishun dalam jualan Bina Ikut Tempahan (BTO) pada bulan Mei, lebih tinggi daripada 3,600 flat BTO yang ditawarkan pada bulan Februari. Penjualan Baki Flat juga akan ditawarkan pada masa yang sama, menurut HDB.

HDB menambah, ia akan melancarkan sekitar 17,000 flat baru tahun ini. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan