Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga durian serendah S$0.34 di Kulim

Pelanggan beratur sejak pagi bagi membeli durian

Anggaran Waktu Membaca:
Harga durian serendah S$0.34 di Kulim

(Gambar: Aiman Amerul Muner/ Malaysiakini)

Diterbitkan : 21 Jul 2018 07:03PM Dikemas Kini : 21 Jul 2018 07:06PM

KULIM, KEDAH: Tidak sampai 15 minit selepas bakul durian diturunkan dari lori, habis semuanya direbut orang!

Ini gara-gara harga raja buah itu dijual serendah RM1 (S$0.34) sebiji.

Menurut penjual durian, Aizawati Abdul Latib, 34 tahun, sejak berita mengenai kedainya di Taman Mutiara, Sungai Kob, menjual durian jenis kecil dengan harga murah menular di internet, permintaan terhadap buah itu terus melambung tinggi.

Beliau juga menjual jenis-jenis durian lain pada harga antara RM3 (S$1) sehingga RM35 (S$11) sekilogram.

Aizawati berkata beliau menjual sekurang-kurangnya dua tan pelbagai jenis durian kampung dan durian kahwin, setiap hari.

"Ini bukan kali pertama kami menjual durian murah, tetapi durian tahun ini lebih murah, jadi kami boleh menjual pada RM1 sebiji, dan meskipun kami mula jual pada 3 petang, orang ramai mula beratur dari pagi lagi," tambah beliau.

Beliau memberi jaminan, pembeli boleh menukar durian baru sekiranya durian yang dibeli pada mulanya tidak elok.

"Pada masa yang sama, kami juga menyediakan khidmat membungkus durian supaya para pelanggan yang datang dari kawasan-kawasan, seperti Pulau Pinang, Sungai Petani dan Selama, Perak boleh menikmati durian tanpa bau kuat di dalam kereta," kata Aizawati lagi.

Sumber : Bernama/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan