Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga COE kebanyakannya ditutup lebih rendah bagi semua kategori dalam bidaan terkini

Harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup kebanyakannya lebih rendah pada akhir proses bidaan terkini pada Rabu (3 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga COE kebanyakannya ditutup lebih rendah bagi semua kategori dalam bidaan terkini
Diterbitkan : 03 Feb 2021 05:49PM Dikemas Kini : 03 Feb 2021 05:50PM

SINGAPURA: Harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup kebanyakannya lebih rendah pada akhir proses bidaan terkini pada Rabu (3 Feb).

Premium bagi kereta kecil (sehingga 1600cc dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp) merosot sebanyak 3.45 peratus kepada S$42,000.

Harga COE bagi kereta lebih besar (lebih 1600cc atau 130bhp) pula turun dari S$50,100 dalam bidaan sebelum ini kepada S$46,790.

Sementara itu, harga COE bagi kenderaan muatan dan bas naik sebanyak 9.76 peratus kepada S$45,001.

Premium motosikal pula merosot kepada S$7,506 berbanding S$7,589 dalam bidaan lalu.

Kategori Terbuka yang boleh digunakan bagi semua jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan buat kereta besar, premiumnya turun 4.09 peratus kepada S$49,778.

SEKILAS HARGA COE:

Kat A (sehingga 1600cc & 130bhp): S$42,000 (turun daripada S$43,501)

Kat B (lebih 1600cc atau 130bhp): S$46,790 (turun daripada S$50,100)

Kat C (Kenderaan muatan dan bas): S$45,001 (naik daripada S$40,999)

Kat D (Motosikal): S$7,506 (turun daripada S$7,589)

Kat E (Kategori Terbuka): S$49,778 (turun daripada S$51,900)

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan