Images
  • traffic in singapore cars
    Keadaan lalu lintas di Singapura. (Gambar fail: Hester Tan)

Harga COE ditutup lebih tinggi; kenaikan paling besar bagi kereta besar dan kategori terbuka

SINGAPURA: Harga Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) rata-rata ditutup lebih tinggi dalam bidaan terkini pada Rabu (21 Apr).

Bagi kenderaan dalam Kategori A atau kereta 1,600 cc ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130 bhp, premiumnya ditutup pada S$49,640 berbanding S$45,600 dalam bidaan lalu. Kali terakhir premium Kategori A mencecah jumlah itu adalah pada 2017.

COE untuk kereta lebih besar dan lebih berkuasa dalam Kategori B naik kepada S$61,190 daripada S$52,309, yakni kenaikan tertinggi dalam lebih lima tahun.

COE bagi kenderaan komersil yang termasuk kenderaan muatan dan bas meningkat kepada S$44,001 berbanding S$36,134 dalam bidaan lalu.

Premium motosikal pula ditutup tidak berubah pada harga S$8,000.

COE bagi Kategori Terbuka yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan, namun biasanya digunakan untuk kereta-kereta besar, meningkat kepada S$62,100 daripada S$52,200.

Secara keseluruhan 4,683 bidaan diterima, dengan kuota 2,957 COE diperuntukkan.

- CNA/SU/na

Top