Images
  • coe
    Harga COE ditutup lebih tinggi bagi semua kategori.

Harga COE ditutup lebih tinggi dalam bidaan terbaru

SINGAPURA: Premium bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) ditutup lebih tinggi dalam bidaan terbaru pada Rabu (9 Okt).

Bagi Kategori A, untuk kereta-kereta sehingga 1,600 cc dengan kuasa tidak melebihi 130bhp, harga COE ditutup pada harga sekitar S$34,001 - naik daripada S$31,759 dalam bidaan sebelumnya.

Premium bagi kereta-kereta lebih besar dengan kuasa lagi tinggi dalam Kategori B meningkat kepada S$41,361 berbanding S$37,000.

Harga COE bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan muatan dan bas, pula naik kepada sekitar S$26,509 berbanding S$25,556 dalam bidaan sebelumnya.

Premium motosikal ditutup pada S$3,800, meningkat dari S$3,601 dalam bidaan sebelumnya.

COE bagi kategori terbuka pula, yang boleh digunakan bagi mana-mana jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, naik kepada S$41,001 berbanding S$40,000.

Sejumlah 5,377 bidaan diterima, dengan sekitar 3,520 kuota COE diperuntukkan.

- CNA/AI/ai

Top