Harga COE ditutup lebih rendah dalam bidaan terbaru
Harga Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) kebanyakannya ditutup lebih rendah dalam bidaan terbaru pada Rabu (18 Mac).
SINGAPURA: Harga Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) kebanyakannya ditutup lebih rendah dalam bidaan terbaru pada Rabu (18 Mac).
Untuk Kategori A bagi kereta sehingga 1,600cc dan kuasa kuda 130bhp, premium ditutup pada S$31,210, turun dari S$32,699 dua minggu lalu.
Premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa lebih tinggi dalam kategori B jatuh kepada S$30,012 dari S$32,801.
COE bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan barangan dan bas, jatuh kepada S$22,002 dari S$24,202 dalam bidaan lalu.
Premium motosikal ditutup pada S$4,489, naik dari S$4,310 dalam bidaan sebelumnya.
COE kategori terbuka, yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan bagi kenderaan besar, kekal tidak berubah pada harga S$32,500.
Sejumlah 4,755 bidaan diterima, dengan kuota sebanyak 3,334 COE disediakan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.