Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga cili, bawang merah kembali stabil

Harga cili dan bawang merah yang sebelum ini melambung tinggi di pasaran, didapati mengalami penurunan ketara dan kembali stabil sejak minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Harga cili, bawang merah kembali stabil

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 07 Feb 2021 05:12PM Dikemas Kini : 07 Feb 2021 05:15PM

KUALA TERENGGANU: Harga cili dan bawang merah yang sebelum ini melambung tinggi di pasaran, didapati mengalami penurunan ketara dan kembali stabil sejak minggu lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Encik Rosol Wahid berkata, ia menyusuli kemasukan bekalan barangan tersebut dari India dan Pakistan, yang sebelum ini terhenti seketika akibat banjir.

“Isu harga bawang merah dan cili merah sudah tidak timbul kerana import bekalan dari India dan Pakistan sudah boleh masuk, sebelum ini di sana banjir.

“Kita dapati penurunan harga (bawang dan cili) melebihi 10 peratus, kerana bekalan sudah mula stabil di pasaran,” katanya kepada media selepas melawat keluarga pelajar pintar yang daif Muhammad Mu'az Zhofri, 13, di Kampung Losong, hari ini (7 Feb).

Tambah Encik Rosol lagi, KPDNHEP sentiasa melakukan pemantauan harga dan bekalan secara berterusan melalui 2,300 anggota penguat kuasanya di seluruh negara.

Beliau berkata, ia bagi memastikan tidak berlaku manipulasi harga dan bekalan yang akan membebankan para pengguna.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan