Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harapan tinggi perniagaan daripada pakej rangsangan ekonomi kedua

Syarikat-syarikat di Singapura menjangkakan lebih banyak sokongan melalui pakej rangsangan ekonomi kedua.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Mar 2020 05:39PM Dikemas Kini : 22 Mar 2020 08:58PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat di Singapura menjangkakan lebih banyak sokongan melalui pakej rangsangan ekonomi kedua.

Mereka berharap ia akan setanding dengan pakej pertama bernilai S$4 bilion yang diumumkan dalam Belanjawan Negara bulan lalu.

Menurut satu tinjauan pendapat Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) baru-baru ini, antara keutamaan yang diharapkan adalah bantuan menanggung kos gaji, lebih banyak rebat cukai dan cabaran-cabaran tenaga kerja.

Dapatan tinjauan tersebut dikongsi bersama Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat serta Menteri Perdagangan dan Perusahaan
Chan Chun Sing di satu dialog tertutup Jumaat lalu (20 Mac).

Lebih 50 peratus syarikat berharap pakej rangsangan ekonomi kedua akan dibentangkan pemerintah dalam masa sebulan ini.

Meskipun 90 peratus yang ditinjau menyatakan mereka akan dapat bertahan bagi tempoh enam bulan mendatang, jumlah yang sama menyatakan COVID-19 akan menghambat rancangan mereka untuk menyerantau. 

Sumber : CNA/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan