Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Hanya penumpang lengkap divaksin boleh naik pesawat Air New Zealand mulai Feb 2022

Bermula Februari tahun depan, hanya penumpang yang lengkap divaksin akan dibenarkan menaiki pesawat penerbangan Air New Zealand, lapor agensi berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Hanya penumpang lengkap divaksin boleh naik pesawat Air New Zealand mulai Feb 2022

Sebuah pesawat Air New Zealand di lapangan terbang Wellington. (Gambar fail: AFP/Marty Melville)

Diterbitkan : 03 Oct 2021 04:51PM Dikemas Kini : 03 Oct 2021 04:53PM

WELLINGTON: Bermula Februari tahun depan, hanya penumpang yang lengkap divaksin akan dibenarkan menaiki pesawat penerbangan Air New Zealand, lapor agensi berita Xinhua.

"Kami bersiap sedia untuk berhubung kembali dengan dunia dan memaklumkan kepada penumpang apa yang perlu mereka lakukan untuk bersedia berlepas dengan pesawat kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Air New Zealand, Greg Foran pada Ahad (3 Okt).

Syarat vaksinasi itu tertakluk kepada semua penumpang berusia 18 tahun ke atas untuk ketibaan dan keberangkatan. 

Pelanggan yang tidak divaksin perlu mengemukakan bukti mereka tidak boleh divaksin atas alasan perubatan.

"Vaksin COVID-19 kini adalah realiti baru perjalanan antarabangsa - banyak destinasi yang ingin dikunjungi sudah ditutup untuk pengunjung yang tidak divaksin. Semakin cepat kita diberi vaksin, semakin cepat kita dapat terbang ke pelbagai tempat seperti New York, Vancouver dan Narita.

"Kami mendengar maklum balas pelanggan dan pekerja bahawa langkah ini penting bagi mereka. Syarat itu akan memudahkan dan memberi ketenangan kepada kedua-dua pihak iaitu pelanggan mahupun pekerja,” kata Encik Foran. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan