Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Hampir 50% SME ingin tingkat daya penghasilan bagi tangani ekonomi tidak menentu

Hampir 25 peratus perusahaan kecil dan sederhana (SME) di Singapura tidak mempunyai pandangan positif tentang perniagaan mereka tahun ini sementara kurang dari separuh sahaja yakin dengan perniagaan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Jan 2020 07:19PM Dikemas Kini : 08 Jan 2020 09:37PM

SINGAPURA: Hampir 25 peratus perusahaan kecil dan sederhana (SME) di Singapura tidak mempunyai pandangan positif tentang perniagaan mereka tahun ini sementara kurang dari separuh sahaja yakin dengan perniagaan mereka.

Tinjauan ke atas lebih 600 firma juga menunjukkan SME prihatin tentang pertikaian perdagangan antara China dengan Amerika Syarikat serta kemerosotan dalam permintaan global.

Hampir separuh SME berhasrat untuk meningkatkan daya penghasilan bagi menangani cabaran mendatang.

Misalnya, kafe yang menjual kopi Crown Coffee menggunakan robot untuk membancuh kopi.

Ia boleh membancuh kopi lima kali sepantas manusia.

Walaupun setiap robot berharga S$200,000, syarikat tersebut berharap pelaburan itu akan menjadi berbaloi apabila perniagaan mereka menjadi semakin rancak.

Para pakar menyatakan teknologi kian menjadi alat bagi SME meningkatkan daya penghasilan untuk mengurangkan bilangan tenaga kerja.

Tinjauan UOB itu juga mendapati hampir 90 peratus daripada SME merancang meningkatkan penggunaan pembayaran elektronik bagi meningkatkan daya pengeluaran.

Hampir 60 peratus SME juga sedang mencari jalan untuk meningkatkan amalan mesra alam mereka serta pentadbiran korporat.

Sumber : CNA/NF/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan