Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Hampir 4,000 peluang pekerjaan, latihan ditawarkan dalam sektor khidmat kewangan

Hampir 4,000 pekerjaan dan latihan ditawarkan dalam sektor perkhidmatan kewangan Singapura hingga pertengahan tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 4,000 peluang pekerjaan, latihan ditawarkan dalam sektor khidmat kewangan

(Gambar fail: Darren Whiteside/Reuters)

Diterbitkan : 26 Nov 2020 09:53PM Dikemas Kini : 26 Nov 2020 09:54PM

SINGAPURA: Hampir 4,000 pekerjaan dan latihan ditawarkan dalam sektor perkhidmatan kewangan Singapura hingga pertengahan tahun depan.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) sedang melaksanakan langkah-langkah tambahan bagi memikat lebih ramai warga Singapura untuk mengambil peluang itu terutama sekali dalam bidang teknologi, yang mempunyai permintaan pengambilan kerja yang tertinggi.

Firma-firma perkhidmatan kewangan di Singapura menggajikan seramai 170,000 pekerja.

Sektor itu merangkumi hampir lima peratus daripada seluruh tenaga kerja di sini namun meliputi 10 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura.

Di sebuah webinar, ketua MAS Ravi Menon menyifatkannya sebagai "tenaga kerja paling berdaya hasil".

"Sektor kewangan terus mewujudkan pekerjaan semasa krisis pandemik COVID-19. Pada separuh pertama tahun ini, sektor perkhidmatan kewangan mewujudkan 1,900 pekerjaan.

"100% daripada pekerjaan itu disalurkan kepada warga tempatan. Ini adalah pekerjaan-pekerjaan yang baik: pendapatan median bagi warga tempatan dalam sektor kewangan adalah S$7,600, berbanding dengan jumlah median kebangsaan iaitu S$4,600."

Menurut sebuah tinjauan yang diterbitkan pada awal tahun ini, 1,800 peluang pekerjaan dan 2,000 peluang latihan yang baru ditawarkan mulai Julai tahun ini sehingga Jun tahun depan.

Bagi menarik lebih ramai warga Singapura untuk mengambil peluang itu, MAS sedang melancarkan sebuah program yang membiayai gaji latihan amali bagi para mahasiswa.

Ia juga sedang bekerjasama dengan Institut Perbankan dan Kewangan untuk melanjutkan sebuah geran untuk menaja para pelatih syarikat sehingga pertengahan tahun depan.

Encik Menon berkata bahawa peranan teknologi mendahului senarai bagi permintaan pengambilan kerja.

Beliau mengetengahkan tiga jenis pekerjaan dari tahap paling lanjut yang memerlukan kemahiran teknikal mendalam - yang memerlukan pengalaman selama bertahun, kepada peranan yang lebih asas seperti operasi IT. 

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan