Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Hampir 1,300 pencari kerja terima bantuan di Pusat Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited

Hampir 1,300 orang yang mencari kerja sudah menerima bantuan di lapan pusat kerjaya daerah yang dibentuk di estet-estet kejiranan bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Aug 2020 09:22PM Dikemas Kini : 01 Aug 2020 09:27PM

SINGAPURA: Hampir 1,300 orang yang mencari kerja sudah menerima bantuan di lapan pusat kerjaya daerah yang dibentuk di estet-estet kejiranan bulan lalu.

Demikian didedahkan oleh Menteri Negara Kanan, Kementerian Ehwal Luar merangkap Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat di luar sebuah pesta kerjaya pada Sabtu (1 Ogos).

Lapan lagi pusat kerjaya sedemikian dibuka hari ini sementara baki lapan lagi dijangka dibuka pada pertengahan bulan ini.

BANTUAN KERJAYA LEBIH DEKAT DENGAN ANDA

Antara yang meraih manfaat adalah Rebecca Tan, yang sudah bekerja sendiri selama 35 tahun.

Beliau menghasilkan sistem komputer dan sofwe.

Namun, dengan pandemik COVID-19 yang menjejas teruk perniagaannya, Cik Rebecca menghadiri pesta kerjaya yang dianjurkan di Toa Payoh, bagi mendapatkan bantuan mempelajari kemahiran baru serta mendapatkan pekerjaan.

Lebih 400 pekerjaan ditawarkan di acara tersebut yang dianjurkan oleh Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i)dan SkillsFuture Singapore.

80 peratus daripada pekerjaan yang ditawarkan untuk pekerja biasa dengan bakinya bagi golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET).

SEKTOR BERKEMBANG DI TENGAH KRISIS

Menurut Encik Chee Hong Tat terdapat beberapa sektor yang masih berkembang di tengah-tengah pandemik COVID-19 seperti perniagaan online dan syarikat-syarikat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Lantaran itu Tenaga Kerja Singapura (WSG) menubuhkan 16 pusat bantuan di estet-estet kejiranan termasuk di Toa Payoh ini.

Ia bertujua memudahkan akses bantuan kepada para penduduk yang mahu mendapatkannasihat tentang latihan dan peluang pekerjaan di bawah Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited yang bernilai S$2 bilion.

Lapan lagi pusat serupa akan dibuka pada pertengahan bulan ini di Bishan, Jurong East dan Serangoon.  

Sumber : CNA/UR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan