Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

GrabFood perluas khidmat GrabExpress, GrabMart di M'sia

GrabFood sedang mengintai peluang bagi mengembangkan perkhidmatan seperti GrabExpress dan GrabMart kepada lebih banyak bandar.

Anggaran Waktu Membaca:
GrabFood perluas khidmat GrabExpress, GrabMart di M'sia

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 20 Dec 2019 02:35PM Dikemas Kini : 20 Dec 2019 02:38PM

KUALA LUMPUR: GrabFood sedang mengintai peluang bagi mengembangkan perkhidmatan seperti GrabExpress dan GrabMart kepada lebih banyak bandar.

"Ini seterusnya akan meningkatkan peluang perniagaan dan pendapatan di kalangan penduduk," menurut syarikat penghantaran makanan itu dalam satu kenyataan pada Khamis (19 Dis).

GrabFood baru-baru ini sudah menyimpulkan pusingan kedua dalam langkah pengembangannya di Malaysia, dengan memberi perkhidmatan kepada jutaan penggemar makanan merangkumi tambahan 19 bandar baharu di samping mewujudkan lebih banyak peluang pendapatan untuk rakan kongsi penghantaran serta restoran yang terlibat.

Sebelum ini, perkhidmatan itu hanya terdapat di kawasan terpilih di Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.

Pengembangan kali ini menyaksikan GrabFood menjangkau selera penggemar makanan di Kajang, Bangi, Sungai Buloh, Rawang, Ipoh, Taiping, Seremban, Nilai, Kuantan, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Miri, Bintulu, Batu Pahat, Muar, Alor Setar, Sungai Petani, Seberang Perai dan Langkawi.

Ketua Negara Grab Malaysia Sean Goh berkata pada 2019 sahaja, syarikat itu meraih peningkatan empat kali ganda dalam jualan melalui restoran yang menjadi rakan kongsi GrabFood.

"Melalui platform kami, restoran-restoran kecil, khususnya di kawasan luar bandar, sekarang ini boleh memajukan perniagaan mereka.

"Dengan pengenalan GrabFood di bandar-bandar baru ini, kami berharap untuk membantu lebih banyak restoran di seluruh negara dan pada masa yang sama, memberikan pelanggan kami akses yang mudah kepada menu kegemaran tempatan dan antarabangsa," tambahnya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan