Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Grab patah balik, akan kekalkan kadar ganjaran perjalanan

Syarikat kereta sewa Grab menyatakan pada Selasa (25 Sep) bahawa ia akan mengekalkan kadar mendapat ganjaran perjalanan di bawah program GrabRewards menjangkaui hujung bulan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Grab patah balik, akan kekalkan kadar ganjaran perjalanan

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 25 Sep 2018 11:59PM Dikemas Kini : 26 Sep 2018 12:04AM

SINGAPURA: Syarikat kereta sewa Grab menyatakan pada Selasa (25 Sep) bahawa ia akan mengekalkan kadar mendapat ganjaran perjalanan di bawah program GrabRewards menjangkaui hujung bulan ini.

Sebelum ini, Grab mengumumkan beberapa perubahan kepada sistem ganjaran pada Julai, bagaimanapun menariknya balik dan menangguhkannya sehingga 30 September menyusuli "kemarahan awal" dari para pelanggan.

Di bawah sistem ganjaran asalnya, ahli Regular, Silver, Gold dan Platinum masing-masing memerlukan 2,200, 2,100, 2,000 dan 1,900 mata, untuk mendapat ganjaran S$5 bagi perjalanan Grab.

Dalam satu langkah yang menimbulkan kontroversi pada Julai, Grab menukar kadar mendapat ganjaran kepada 2,200 mata bagi ganjaran perjalanan Grab bernilai S$5 tidak kira, paras keahlian, sekali gus mencetuskan kemarahan di wadah online.

Beberapa hari setelah mengumumkan perubahan itu, Grab menyatakan bahawa ia akan menukar kembali kepada kadar ganjaran perjalanan sebelumnya dan menunda menguatkuasakan skim baru itu sehingga 30 September, agar dapat memberi para pelanggan masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan itu.

Perubahan-perubahan yang dilakukan Grab terhadap program loyalti syarikatnya - termasuk jumlah mata yang perlu diraih bagi setiap dolar oleh para pelanggan - adalah antara isu yang ditekankan oleh Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS), yang pada Isnin (24 Sep) mengenakan denda sebanyak S$6.42 juta dan beberapa halangan terhadap Grab bagi menyelesaikan kebimbangan persaingan yang timbul disebabkan gabungannya dengan Uber.

Dalam satu tindak balas, Grab menyatakan bahawa ia akan mematuhi langkah-langkah penyelesaian oleh CCCS, bagaimanapun ia menegaskan bahawa ia tidak secara sengaja atau sambil lewa melanggar undang-undang persaingan.

TIADA GRABHITCH DARI 1.00-5.00 PAGI

Dalam satu pemberitahuan pada Selasa (25 Sep), Grab menyatakan bahawa khidmat GrabHitch tidak akan ditawarkan lagi antara 1.00 pagi sehingga 5.00 pagi dari 1 Oktober, sebagai sebahagian daripada "usaha berterusan untuk memberikan pengalaman yang selamat dan positif" bagi para pelanggan.

Sebelum ini pada Jun, Grab menyatakan bahawa ia sudah menghentikan khidmat GrabShare ketika lewat malam setelah menerima "beberapa laporan" mengenai kebimbangan keselamatan.

Syarikat tersebut memberitahu Mediacorp bahawa ia sudah menerima maklum balas daripada para pemandu dan penumpang bahawa ia "boleh menjadi pengalaman yang tidak menyenangkan sekiranya penumpang yang lain berkelakuan tidak senonoh semasa berkongsi perjalanan menerusi GrabShare." 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan