Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Grab lancar GrabFood di S'pura, Asia Tenggara

Syarikat kereta sewa Grab hari ini (28 Mei) secara rasmi mengumumkan bahawa ia akan menawarkan GrabFood di Singapura dan khidmat penghantaran makanan itu akan disediakan di lima lagi pasaran Asia Tenggara yang lain 'dalam tempoh tiga bulan ini'.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 May 2018 02:54PM Dikemas Kini : 28 May 2018 08:54PM

SINGAPURA: Syarikat kereta sewa Grab hari ini (28 Mei) secara rasmi mengumumkan bahawa ia akan menawarkan GrabFood di Singapura dan khidmat penghantaran makanan itu akan disediakan di lima lagi pasaran Asia Tenggara yang lain 'dalam tempoh tiga bulan ini'.

Bagi pelancaran aplikasi GrabFood di Singapura, syarikat tersebut menyatakan bahawa ia sudahpun mendapatkan penyertaan ribuan peniaga ke platformnya termasuk McDonald's, Wing Zone dan restoran Yum Cha.

Diminta menjelaskan tentang bilangan peniaga dan penghantar makanan yang disediakan, Encik James Ong, ketua GrabFood Singapura, berkata di taklimat media bahawa mesti ada keseimbangan antara kedua-duanya. Jika kurang penghantar makanan, para pelanggan akan lambat menerima makanan mereka manakala jika terlebih orang, maka tugasan tidak cukup, kata beliau.

Menurutnya lagi, tiada pesanan minimum dikenakan ke atas para pelanggan, sama dengan Uber Eats yang tidak lagi beroperasi.

GrabFood juga akan dihubungkan dengan platform kesetiaan pelanggan, GrabRewards, dengan Grab menyatakan bahawa ia akan menawarkan lima mata GrabRewards bagi setiap dolar yang dibelanjakan untuk pesanan GrabFood.

Pasaran serantau lain yang bakal ditembusi GrabFood termasuk Indonesia, Thailand, Malaysia dan Filipina, dedah Grab dalam kenyataan medianya.

PERLINDUNGAN INSURANS BAGI PENGHANTAR MAKANAN

Selain pelanggan, syarikat itu juga menyatakan bahawa ia akan menyediakan perlindungan insurans bagi semua pekerja penghantarnya, tanpa bayaran tambahan dikenakan untuk 'melindungi mereka jika berlaku kemalangan'.

Mereka yang membuat penghantaran bagi GrabFood juga tidak perlu membuat tempahan awal untuk mendapatkan tugasan dan kesemua pendapatan mereka pada hari tersebut boleh dikeluarkan secara tunai pada hari yang sama, tambah Grab.

Aplikasi GrabFood disediakan dalam bentuk beta. Encik Ong menjelaskan bahawa ini adalah supaya para pengguna maklum bahawa beberapa perubahan akan dilakukan ke atas aplikasi itu untuk memperbaiki khidmatnya berdasarkan maklum balas yang diterima.

GrabFood menggantikan aplikasi Uber Eats yang secara rasmi diturunkan pada 11.59 malam semalam (17 Mei), menurut Ketua Grab Singapore Lim Kell Jay di taklimat yang sama. Sebahagian besar daripada kakitangan GrabFood berpindah dari Uber Eats tetapi Encik Ong enggan mendedahkan bilangannya.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan