Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Grab labur AS$500 juta di Vietnam dalam 5 tahun akan datang

Firma kereta sewa privet Grab mengumumkan pada Rabu (28 Ogos) bahawa ia akan melabur AS$500 juta (S$694 juta) di Vietnam sepanjang lima tahun akan datang untuk meluaskan khidmatnya di negara Asia Tenggara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Grab labur AS$500 juta di Vietnam dalam 5 tahun akan datang

Gambar fail syarikat Grab. (Gambar: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 28 Aug 2019 01:53PM Dikemas Kini : 28 Aug 2019 01:56PM

HANOI: Firma kereta sewa privet Grab mengumumkan pada Rabu (28 Ogos) bahawa ia akan melabur AS$500 juta (S$694 juta) di Vietnam sepanjang lima tahun akan datang untuk meluaskan khidmatnya di negara Asia Tenggara itu.

Grab akan meluaskan rangkaian pengangkutan, makanan dan pembayarannya di Vietnam, menurut kenyataan syarikat itu.

"Pelaburan itu satu cerminan komitmen kami yang semakin meningkat terhadap Vietnam," kata Ketua Operasi Serantau Grab Russell Cohen.

"Ekonomi negara itu yang pesat berkembang dan penduduk kelas pertengahan yang baru muncul menandakan ini masa yang tepat untuk melaksanakan perkhidmatan digital," katanya.

Presiden Grab Ming Maa berkata, seperti di Indonesia, ramai pengguna muda dan kelas pertengahan Vietnam menggunakan aplikasi serta laman web untuk mengakses perkhidmatan.

Vietnam menduduki tempat ketiga atau keempat pasaran utama Grab, menurut Encik Maa, yang menyertai syarikat itu tiga tahun lalu dari pelabur utamanya, Softbank Group dari Jepun, dan terlebih dahulu bekerja buat sedekad lamanya di bank pelaburan Goldman Sachs.

Grab bekerjasama dengan firma teknologi kewangan (fintech), Moca, pada 2018 untuk melancarkan dompet digital. Grab membentuk usaha sama dengan Credit Saison, sebuah syarikat kad kredit Jepun, pada tahun lalu untuk menawarkan analisis pinjaman dan kredit kepada para pengguna serta usahawan mikro di seluruh Asia Tenggara.

Grab merupakan aplikasi kereta sewa privet dengan jumlah muat turun tertinggi di Vietnam antara Januari dengan Julai, menurut firma data dan analitik pasaran App Annie. Selain Go-Jek, Be juga merupakan satu lagi pesaing dalam industri kereta sewa.

Pengumuman ini dibuat hanya beberapa minggu setelah Grab mendedahkan rancangan pelaburan bernilai AS$2 bilion (S$2.7 bilion) di Indonesia.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan