Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Grab dalam perbincangan jual bahagian saham Thai kepada Central Group

Syarikat khidmat kereta sewa privet Grab sedang dalam perbincangan untuk menjual "sebahagian saham agak besar" daripada perniagaannya di Thailand kepada Central Group, iaitu peruncit terbesar negara itu, kata beberapa sumber yang mengikuti perkembangan itu kepada Reuters pada Khamis (27 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Grab dalam perbincangan jual bahagian saham Thai kepada Central Group

(Gambar fail: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 27 Sep 2018 09:39PM Dikemas Kini : 27 Sep 2018 09:41PM

BANGKOK: Syarikat khidmat kereta sewa privet Grab sedang dalam perbincangan untuk menjual "sebahagian saham agak besar" daripada perniagaannya di Thailand kepada Central Group, iaitu peruncit terbesar negara itu, kata beberapa sumber yang mengikuti perkembangan itu kepada Reuters pada Khamis (27 Sep).

Jumlah saham itu masih belum ditentukan, namun perbincangan sudah diadakan agak lama, kata seorang individu yang enggan identitinya didedahkan memandangkan ia isu privet.

Grab menyatakan bahawa ia tidak akan memberi sebarang komen mengenai "khabar angin dan spekulasi". Central juga tidak memberi respon kepada pertanyaan.

Grab difahakamkan melahirkan hasrat untuk melakukan urusan niaga dengan JD Central, satu usaha sama e-dagang bernilai AS$500 juta (S$680 juta) yang dilancarkan pada awal tahun ini bersama JD.com dari China.

Grab mengendalikan operasi khidmat kereta sewa privet serta penghantaran makanan dan bungkusan di ekonomi kedua terbesar Asia Tenggara itu.

Central Group, yang dimiliki oleh keluarga hartawan Chirathivat, juga menguruskan pusat-pusat beli-belah dan hotel-hotel di merata Thailand. 

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan