Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Grab akan semak semula program kesetiaan; mata bagi setiap urus niaga dikurangkan

Program kesetiaan khidmat kereta sewa Grab, GrabRewards, akan dirombak di mana jumlah mata yang dikumpul akan dikurangkan bagi setiap urus niaga, dedah syarikat itu di lamannya pada Isnin (20 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Grab akan semak semula program kesetiaan; mata bagi setiap urus niaga dikurangkan

(Gambar: Reuters/Edgar Su)

Diterbitkan : 21 Jan 2020 05:58PM Dikemas Kini : 21 Jan 2020 06:00PM

SINGAPURA: Program kesetiaan khidmat kereta sewa Grab, GrabRewards, akan dirombak di mana jumlah mata yang dikumpul akan dikurangkan bagi setiap urus niaga, dedah syarikat itu di lamannya pada Isnin (20 Jan).

Mulai 2 Mac, para pengguna hanya akan menerima antara dua dengan empat mata bagi setiap bayaran S$1 menerusi GrabPay atau GrabPay Mastercard.

Buat masa ini, para pengguna menerima hingga 10 mata bagi setiap bayaran S$1 untuk urus niaga berkaitan Grab.

Dalam pengumumannya itu, Grab turut mendedahkan bahawa ia akan menawarkan lebih banyak tempat di mana para pengguna boleh mengumpul mata.

Grab juga akan mengubah jumlah mata yang diperlukan untuk mendapatkan baucar diskaun bagi khidmat tempahan Grab atau khidmat penghantaran makanan GrabFood.

Di bawah sistem ganjaran sekarang, 500 mata diperlukan bagi mendapatkan baucar bernilai S$1, 2,200 mata bagi baucar bernilai S$5 dan 4,200 mata untuk mendapatkan baucar bernilai S$10.

Namun mulai 2 Mac, mata yang diperlukan bagi setiap baucar akan dinaikkan.

"Katalog GrabRewards juga akan dirombak yang akan menyemak semula mata yang diperlukan bagi setiap kali penumpang menukar baucar, di samping menawarkan ganjaran yang lebih luas," menurut Grab.

"Kami akan meluaskan pilihan ganjaran dan menyemak semula struktur harga untuk menukar baucar. Kami juga akan memperkenalkan acara Jualan Kilat GrabRewards di mana para pengguna boleh meraih penjimatan hingga 50 peratus untuk menukar baucar."

GrabRewards dilancarkan pada 2016, di mana para pengguna dapat mengumpul mata setiap kali mereka menggunakan khidmat kereta sewa Grab.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan