Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Google meterai perjanjian 5 tahun, bayar AFP bagi kandungan berita

Anak syarikat Alphabet, Google, akan mula membayar agensi berita Agence France-Presse (AFP) untuk kandungan berita sebagai sebahagian daripada kerjasama lima tahun yang diumumkan pada Rabu (17 Nov), lapor Reuters.

Anggaran Waktu Membaca:
Google meterai perjanjian 5 tahun, bayar AFP bagi kandungan berita

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 18 Nov 2021 09:44AM Dikemas Kini : 18 Nov 2021 09:45AM

OAKLAND: Anak syarikat Alphabet, Google, akan mula membayar agensi berita Agence France-Presse (AFP) untuk kandungan berita sebagai sebahagian daripada kerjasama lima tahun yang diumumkan pada Rabu (17 Nov), lapor Reuters. Ia merupakan salah satu daripada perjanjian pelesenan terbesar yang dimeterai oleh gergasi teknologi itu di bawah undang-undang Perancis yang baru.

Pertubuhan-pertubuhan berita yang kehilangan hasil pendapatan iklan kerana laman-laman 'aggregator' online seperti Google dan Facebook, selama bertahun-tahun mengadu tentang tindakan syarikat-syarikat teknologi menggunakan artikel berita menerusi hasil carian atau ciri-ciri lain tanpa membuat bayaran.

Undang-undang baru di Perancis dan Australia yang dipacu oleh tekanan awam dan lobi pihak media, telah menghasilkan beberapa perjanjian pelesenan di seluruh dunia bernilai beberapa bilion dolar secara keseluruhan.

Kesepakatan bersama AFP itu dicapai selepas Perancis menggubal undang-undang hak cipta yang menghasilkan "hak berkaitan" yang memerlukan syarikat-syarikat teknologi besar untuk adakan rundingan bersama penerbit berita yang inginkan bayaran pelesenan.

Google enggan mendedahkan syarat kewangan perjanjian itu namun mengesahkan ia akan berkuat kuasa selama lima tahun.

Kedua-dua syarikat juga akan menjalin kerjasama dalam projek-projek seperti pemeriksaan fakta.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan