Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Go-Jek luaskan khidmatnya ke merata S'pura mulai 2 Jan

Syarikat khidmat motosikal sewa, Go-Jek dijangka meluaskan khidmatnya ke "seluruh Singapura" mulai Rabu (2 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Go-Jek luaskan khidmatnya ke merata S'pura mulai 2 Jan

Pengasas Go-Jek, Encik Nadiem Makarim. (Gambar: Darren Whiteside/Reuters)

Diterbitkan : 01 Jan 2019 02:32PM Dikemas Kini : 01 Jan 2019 02:34PM

SINGAPURA: Syarikat khidmat motosikal sewa, Go-Jek dijangka meluaskan khidmatnya ke "seluruh Singapura" mulai Rabu (2 Jan).

Dalam satu kiriman emel hari ini (1 Jan), syarikat itu menyatakan: "Menyusuli kejayaan pelaksanaan khidmat terhad, GOJEK ingin mengumumkan bahawa kami akan meluaskan khidmat ke seluruh Singapura mulai 2 Jan 2019."

Ini bermakna, para pengguna boleh menaiki Go-Jek di mana-mana tempat di Singapura, tambahnya.

"Pelaksanaan khidmat kami di merata Singapura adalah sebahagian daripada fasa beta kami yang berterusan, yang membolehkan para pelanggan DBS/POSB menikmati keutamaan akses kepada aplikasi tersebut."

Pada November, Go-Jek melancarkan versi beta applikasinya yang memberi akses secara bertahap-tahap kepada para pengguna bagi mengimbangi permintaan dengan keupayaan khidmat.

Ia hanya disediakan di kawasan-kawasan seperti Kawasan Pusat Bandar Singapura, Jurong East, Changi, Punggol, Ang Mo Kio dan Sentosa.

Go-Jek juga telah meningkatkan usahanya untuk menggajikan lebih ramai pemandu dengan melancarkan sebuah portal yang membolehkan mereka mendaftar terlebih dahulu untuk menggunakan wadahnya.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan