Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

GIC S'pura akan beli hartanah logistik di Eropah pada harga AS$1 bilion

Dana Pelaburan Negara (GIC) menandatangani satu perjanjian untuk membeli sebuah portfolio hartanah logistik dengan harga sekitar AS$1 bilion (S$1.35 bilion).

Anggaran Waktu Membaca:
GIC S'pura akan beli hartanah logistik di Eropah pada harga AS$1 bilion

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 13 Dec 2019 03:26PM Dikemas Kini : 13 Dec 2019 03:30PM

SINGAPURA: Dana Pelaburan Negara (GIC) menandatangani satu perjanjian untuk membeli sebuah portfolio hartanah logistik dengan harga sekitar AS$1 bilion (S$1.35 bilion).

Hartanah itu dibeli daripada dana yang diuruskan anak syarikat firma ekuiti swasta Apollo Global Management. Ia merangkumi 28 kemudahan logistik di merata Eropah - termasuk Jerman, Poland, Slovakia, Belanda, Belgium dan Austria, menurut GIC dalam satu kenyataan pada Jumaat (13 Dis).

Pemerolehan itu akan membantu meningkatkan lagi paltform P3 logistik yang dibeli tiga tahun lalu.

"Sebagai pelabur jangka panjang, sektor logistik terus merupakan sektor yang menarik bagi GIC., yang dijangka terus berkembang, disokong oleh peningkatan kegiatan e-dagang, bagi meraih pendapatan yang berterusan," menurut ketua pegawai pelaburan Lee Kok Sun di unit Hartanah GIC.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan