Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

GIC ambil alih bangunan pejabat Tour Ariane di Paris

Dana milik negara GIC bersetuju untuk mengambil alih sebuah menara pejabat di Paris pada harga sekitar 465 juta euro (S$741 juta).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Oct 2018 02:30PM Dikemas Kini : 17 Oct 2018 01:12AM

SINGAPURA: Dana milik negara GIC bersetuju untuk mengambil alih sebuah menara pejabat di Paris pada harga sekitar 465 juta euro (S$741 juta).

Menara setinggi 40 tingkat, yang dimiliki oleh Unibail-Rodamco-Westfield, terletak di tengah-tengah daerah perniagaan di ibu kota Perancis itu.

Bangunan itu menawarkan kawasan sewa seluas 64,500 meter persegi dan terletak tidak jauh daripada dua hab pengangkutan utama dan pelbagai kemudahan lain, menurut GIC dalam kenyataan medianya yang dikeluarkan hari ini (16 Okt).

"Ia mudah diakses dan ketersambungannya akan meraih manfaat daripada projek Grand Paris, yang akan menyingkatkan tempoh perjalanan ke lapangan terbang dan stesen kereta api utama," menurut kenyataan tersebut.

Projek Grand Paris adalah antara projek prasarana terbesar di Eropah, yang melibatkan 68 stesen kereta api dengan landasan sejauh 200 kilometer.

Tour Ariane juga menawarkan ruang bermutu pada harga sewa yang dimampui, menurut GIC, sambil menambah bahawa menara tersebut "menawarkan peluang untuk mencipta nilai yang tinggi dalam jangka panjang dan GIC dijangka akan memanfaatkannya dengan membuat pelaburan bagi meningkatkan aset-asetnya".

Aset-asetnya akan diuruskan oleh Baumont Real Estate Capital dan urus niaganya dijangka dimuktamadkan pada suku keempat tahun ini.

Sumber : CNA/AW/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan