Images
  • Mr vadai main
    (Gambar: Mr Vadai Founder/Facebook) 

Gerai popular pasar malam 'Mr Vadai' buka kedai di Joo Chiat

SINGAPURA: Kalau anda memang 'hantu' wadeh, ini berita baik bagi anda.

Gerai 'Mr Vadai', yang selalunya dibuka di pasar malam, kini membuka sebuah kedai tetap di Joo Chiat Road. Lebih tepat lagi, pemiliknya membuka cawangan tetap kedua mereka di sebuah unit dalam Restoran Tin Yeang - kopitiam yang juga menempatkan kedai popular 'Mr and Mrs Mohgan's Super Crispy Prata'.

Jadi bolehlah anda singgah dan hilangkan rasa mengidam makanan pasar malam kalau lalu kawasan Geylang.


Menurut 8 DAYS, kedai tetap 'Mr Vadai' yang terbaru tidak menawarkan beriani. Sebaliknya, ada pelbagai jenis wadeh dalam menu mereka. Ini termasuklah wadeh Udang, Ikan Bilis, Cili, Sayur dan Kosong (S$1.20 setiap satu). Ada juga wadeh mini telur puyuh (S$4 bagi 10 biji) dan pastinya, wadeh kacang kuda (S$3 bagi empat keping)!


Pemilik 'Mr Vadai', Encik Samraj Ahsockan, turut memberitahu 8 DAYS bahawa beliau mempunyai rancangan untuk menembusi bidang francais pula.

"Kami sudah membuat permohonan bagi hak cipta francais, dan kami menyasarkan untuk membuka lima atau enam cawangan kelak," kata Encik Samraj sambil menambah, beliau berhasrat membuat cawangan-cawangan itu di merata Singapura.

"Kami ingin memperbaharui model perniagaan kami, (menjadi) sama seperti Old Chang Kee."


Encik Samraj juga sedang dalam proses mendapatkan sijil halal bagi kedai barunya di Joo Chiat.

Kedai tetap pertamanya terletak di YehYeh’s Cafe, Changi Road. Keputusan membuka kedai tetap sebelum berlakunya pandemik COVID-19, kata Encik Samraj, membantu mereka bertahan sehingga sekarang meskipun tidak dapat membuka antara lima hingga enam gerai pasar malam seperti sebelumnya.


(Gambar: Mr Vadai Founder/Facebook) 

Ini butiran tentang kedai tetap kedua 'Mr Vadai'...

Alamat: Tin Yeang Restaurant, 300-302 Joo Chiat Rd, S427551
Nomber Telefon: 9648 6987
Waktu operasi: Selasa-Ahad, 7.00 pagi hingga 3.00 petang 

- 8DAYS/AQ/aq

Top