Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Genting Malaysia capai penyelesaian pembangunan taman tema luar

Genting Malaysia Bhd (Genting Malaysia) sudah menyelesaikan sepenuhnya pertikaian dengan Fox Entertainment Group Llc, Twentieth Century Fox Corporation Corporation, Foxnext Llc, Twenty First Century Fox Inc dan The Walt Disney Company berhubung pembangunan taman tema luar.

Anggaran Waktu Membaca:
Genting Malaysia capai penyelesaian pembangunan taman tema luar

(Gambar: ResortsWorldGenting/Facebook)

Diterbitkan : 27 Jul 2019 08:29AM Dikemas Kini : 27 Jul 2019 08:33AM

KUALA LUMPUR: Genting Malaysia Bhd (Genting Malaysia) sudah menyelesaikan sepenuhnya pertikaian dengan Fox Entertainment Group Llc, Twentieth Century Fox Corporation Corporation, Foxnext Llc, Twenty First Century Fox Inc dan The Walt Disney Company berhubung pembangunan taman tema luar.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Khamis, Genting Malaysia menyatakan sebagai sebahagian daripada syarat penyelesaian semua pihak sudah menandatangani memorandum perjanjian dinyatakan semula yang memberikan syarikat itu lesen untuk menggunakan harta intelek tertentu Fox.

Berikutan penyelesaian berkenaan semua pihak bersetuju untuk menggugurkan semua tuntutan dan tuntutan balas antara mereka dalam tindakan undang-undang yang kini masih berjalan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Daerah Tengah California, katanya.

"Genting Malaysia kini sedang mengemaskini rancangan pembangunan dan pembinaannya untuk menyiapkan taman tema luar itu menggunakan kedua-dua harta intelek Fox dan harta intelek bukan Fox.

"Taman tema luar berkenaan juga akan dinamakan semula," kata syarikat itu.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan