Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Geely lancar jenama elektrik premium 'Geometry' di S'pura

Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) melancarkan model kereta elektrik sepenuhnya, Geometry A, pada Khamis (11 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Geely lancar jenama elektrik premium 'Geometry' di S'pura

Model kereta 'Geometry A' menyasarkan generasi pengguna baru yang mahukan teknologi, dan mencari reka bentuk yang hebat. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 12 Apr 2019 08:35AM Dikemas Kini : 12 Apr 2019 08:37AM

SINGAPURA: Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) melancarkan model kereta elektrik sepenuhnya, Geometry A, pada Khamis (11 Apr).

Ia merupakan model strategik global pertama syarikat pengeluar kereta itu daripada jenama tenaga yang baru dihasilkan, Geely Tenaga Baru (Geely New Energy).

Jenama baru itu dilengkapi dengan logo perak yang terkini, sekaligus menekankan gaya yang mudah dan keaslian model elektrik jenama itu.

"Geometry komited untuk menjadi jenama pilihan bagi mobiliti elektrik sepenuhnya oleh pengguna di seluruh dunia.

"Menjelang 2025, Geometry akan melancarkan lebih 10 model elektrik sepenuhnya, yang akan merangkumi sedan, SUV (kenderaan utiliti sukan) dan MPV (kenderaan pelbagai guna)," kata Presiden syarikat itu, An Conghui, semasa majlis pelancarannya semalam (11 Apr).

Geometry A, dengan harga subsidi bermula dari 150,000 renminbi (S$30,260), menyasarkan generasi pengguna baru yang mahukan teknologi, mencari reka bentuk yang hebat, serta menganggap diri mereka sebagai sebahagian daripada golongan avant-garde.

Sehingga 11 April, syarikat itu sudahpun menerima tempahan sebanyak 27,000 unit Geometry A.

Geely menjangkakan kenderaan tenaga baru akan menyumbang 90 peratus daripada penjualan kenderaannya menjelang 2020, iaitu 35 peratus daripada model elektrik sepenuhnya. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan